Powered by Blogger.

+Warga Bloggers+

Bed Time Story : Jgn Buat Kje Last Minute

>> Thursday, March 17, 2011

Salam..
hallu hallu..
mood utk m`update blogg sye sudah dtg nihh!!! agagga


so bed time story utk hari ni adlh :
"JANGAN BUAT KJE LAST MINIT..OKEYHH!!"
haaaailaaaaaaaaaaaaaa...


Kisah ni xde kne mengena dgn yg masih sihat, yg sakit atau yg telah pergi okeyh!!
kisah ni just pengalaman diri ku ini ajaaaaaa..


Well, biase laa as a student kn..
msti bnyk kje, asgmnt, test n segala mcm yg akn diberi kpd kita..
adat laa tuhh kn..


nk dijadikan cerita, si A ( bukan nme sbenar ) ni dpt laa asgment di mggu ke-2 kuliah..
then si A ni balik bilik, bpura-pura xde asgment nk kne buat..
lepak, men FB, update blog (OPSS), men game.. 
tup tap tup tap..
dh minggu ke-10!! haaa tkezutttttt dieeewww punn!!
asgment yg diew dpt tuh nk kne submit minggu ke-12..
so ade laa dlm 2mggu lg masa yg tinggal..
tu pon diew wt dunnoo jee..
bak kata org kg "LEKK LUUUU..." hahahhaa
then tau2 dh masok minggu ke-12, esok nk kne submit..


well, cm biase laaa kn..
mlm keramat tuhh diew kne pulunn habiss laa nk siapkn asgment..
segala jenis kopi, tongkat Ali, Kacip segala diew telann..
demi nk stayy lme laa konon.. hahahaa
nasib laa dpt jgk submit asgment tuhh..


so, kt sini moral of the story nye..
elakkan drpd buat kje LAST MINUTE..
elok2 kte leyh tdo awal, xpasal2 nk kne stay smpai kol 3-4 pagi..
jgn susa kn diri okeyh!!


so renung2kn & slmt beramal!!!

Read more...

Sesi meluah isi hati.. hahaha

>> Tuesday, March 15, 2011

Bismillahhh..
mood utk update blog tbe2 lak dtg.. haha

1st of all, nk ucap takziah buat org2 yg berada di JEPUN..
khas nya utk yg ISLAM tu kann...
besar bencana yg menimpa dorg..
kte bsyukur lah MALAYSiA still dlindungi dr bencana alam yg dahsyat2..
kte bnyk2 laa doa kesejahteraan negara kte ni yeee..

erm..
actually xde ape pon aku nk citer kt entry kali nihh..
juz nk meluahkan ape yg terpendamm..hahhaha
nk luah kt manusia, segan laa plak..
so blogg aku ni laaa yg jadi mangsa keadaan.. hihihi

ermm actually aku agk kecewa ngn WIFI kt blok ktorg nihhh..
bukan nk kata ape laaa kn..
tp tuhh laa hakikat nyaaa..
sekejap OK skejap KO!!
haaiilaaaaaaaa...
time2 kami bsemangat nk stdyy, time kperluan intenet menDESAK
time2 ni laaa line wifi ni buat HAL!!
haattoiiiiii
tp xpelaaaa... ape leyhh buat kn??
juz saba jelaaa bnyk2.. huhuhuhu
bSYUKUR lahh ad jgk WiFi drpd lnsung xde ape2 kn????



hurmmm..
ok2 enough dgn wifi..
yg lepas biar lepas..
skg nk cter psl hal akn dtg nihh..
pasal FINAL exammmmmmm!!!
pehal laa aku pemalas semacam sem ni haaa???
aku pon xtauu npe.. agagaga
so skang ni aku tga nk mjalani proses TRANSFORMASI..hahaha
mauu rajin2 balikk..
mauu genggam DEKAN beb!!! InsyaAllahhhhh.. amin

ape yg pentingg..
DOA,USAHA,IKHTIAR,TAWAKAL= KEJAYAAN!!!
doa aje tnpa ad usaha dan ikhtiar utk bjaya xguna jgk kn...
"Allah xkn m`ubah nasib hambaNya, melainkan hambaNya yg berusaha utk m`UBAH nasib mereka sndiri"


so kte kne berubah..
jgn terlalu selesa dgn ape yg kte dh miliki skrg..
sbb ape yg kte ad hnye smentara..
ble2 masa Allah boleh tarik balik nikmat yg kte kecapi skrg..
jgn jadi org yg xbersyukur dgn nikmat yg ada..

sekian dulu..
RENUNG2kn & slmt BERAMAL!!!

Read more...

Memaafkan adalah pilihan yang lebih baik

>> Thursday, March 10, 2011

salam, kali ni nk cter psl sirah Rasullulah S.A.W laa plak.. asyikk hal dunia je.. kte renung2 la plak kisah Rasullullah S.A.W.. Renung2kn & slmt beramal!!

Perjalanan Nabi Muhammad s.a.w. ke Taif

            Selama sembilan tahun selepas perlantikan Nabi Muhammad s.a.w sebagai Pesuruh Allah s.w.t., Nabi Muhammad s.a.w telah menjalankan dakwah dikalangan kaumnya sendiri disekitar kota Mekah untuk memimpin dan memperbaiki keadaan hidup mereka.Segelintir manusia sahaja yang telah memeluk agama Islam ataupun yang bersimpati dengan Baginda s.a.w., yang lainnya mencuba dengan sedaya upaya untuk mengganggu dan menghalang Baginda s.a.w dan pengikut-pengikutnya. Diantara mereka yang bersimpati dengan perjuangan Baginda s.a.w termasuk Abu Talib bapa saudaraBaginda s.a.w sendiri. Sungguhpun begitu Abu Talib tidak memeluk agama Islam.

                    Berikutan dengan kematian Abu Talib, pihak Khuraish berasa bebas untuk memperhebatkan gangguan dan penentangan mereka terhadap Baginda s.a.w. Di Taif, bandar yang kedua terbesar di Hijaz, terdapat Bani Thafiq suatu puak yang sangat kuat dan besar bilangan ahlinya. Nabi Muhammad s.a.w. berlepas keTaif dengan harapan ia dapat mempengaruhi kaum Bani Thafiq untuk menerima Islam dan dengan demikian memperolehi perlindungan bagi pemeluk-pemeluk agama Islam dari gangguan puak Khuraish. Baginda s.a.w juga bercita-cita hendak menjadikan Taif markas kegiatan-kegiatan dakwah Baginda s.a.w. Sebaik-baik sahaja Baginda s.a.w tiba disana, Baginda s.a.w telah mengunjungi tiga orang pemuka Bani Thafiq secara berasingan dan menyampaikan kepada mereka risalah Allah s.w.t. Bukan sahaja mereka tidak mahu menerima ajaran Allah s.w.t. bahkan enggan mendengar apa yang dikemukakan oleh Baginda s.a.w kepada mereka. Baginda s.a.w telah dilayani secara kasar dan sungguh-sungguh biadap. Kekasaran mereka sungguh bertentangan dengan semangat memuliakan dan menghormati yang telah menjadi sebahagian daripada cara hidup bangsa Arab. Dengan terus terang mereka mengatakan yang mereka tidak suka Baginda s.a.wtinggal ditempat mereka. Baginda s.a.w. berharap yang kedatanganBaginda s.a.w akan disambut dengan sopan santun, diiringi dengan kata-kata yang lemah lembut. Sebaliknya Baginda s.a.w telah dilempari dengan kata-kata yang kasar.

                 Kata seorang daripada pemuka-pemuka tadi dengan penuh ejekan: "Hoi,benarkah yang Allah s.w.t. telah melantik kamu menjadi PesuruhNya?"Kata seorang lagi sambil ketawa: "Tidak bolehkah Allah memilih manusia selain dari engkau untuk menjadi PesuruhNya?"Yang ketiga pula melempar kata-kata hina yang bunyinya demikian: "Kalau engkau benar-benar seorang Nabi, aku tidak ingin bercakap-cakap dengan engkau kerana perbuatan yang demikian akan mendatangkan bencana kepada diriku.Sebaliknya jika kamu seorang pendusta,tidak guna aku bercakap-cakap dengan engkau."

                    Dalam menghadapi penentangan yang sebegini hebat, ketabahan dan kecekalan hati yang merupakan sifat-sifat semulajadi Nabi Muhammad s.a.w. tidak menyebabkan Baginda s.a.w.berasa hampa dan gagal barang sedikit jua pun. Selepas meninggalkan  pemuka-pemuka Banu Thafiq tadi, Baginda s.a.w cuba menghampiri rakyat biasa Disini juga Baginda s.a.w menemui kegagalan. Mereka menyuruh Baginda s.a.w keluar dalam Taif. Apabila Baginda s.a.w menyedari yang usaha Baginda s.a.w tidak mendatangkan hasil yang diingini, Baginda s.a.w pun membuat keputusan hendak menginggalkan kota itu. Tetapi mereka tidak membiarkan Baginda s.a.w keluar dari Taif secara aman. Mereka melepaskan kacang-kacang hantu mereka supaya mengusik,mengejek,mengacau dan melemparinya dengan batu. Pelemparan batu yang dilakukan keatas Baginda s.a.w itu sedemikian rupa hingga badan Baginda s.a.w berdarah akibat luka-luka. Apabila Baginda s.a.w berada agak jauh dari kota Taif, Baginda s.a.w pun berdoa kepada Baginda s.a.w. yang bermaksud:

" Wahai Tuhanku, kepada Engkau aku adukan kelemahan tenagaku dan kekurangan daya-upayaku pada pandangan manusia. Wahai Tuhan yang Maha Rahim kepada sesiapa Engkaumenyerahkan daku?Kepada musuh yang akan menerkamkan aku ataukah kepada keluarga yang engkau berikan kepadanya uruskanku, tidak ada keberatan bagiku asal aku tetap dalam keredzaanMu.Dalam pada itu afiatMu lebih luas bagiku. Aku berlindung dengan cahaya mukaMu yang mulia yang menyinari segala langit dan menerangi segala yang gelap dan atasnyalah  teratur segala urusan dunia dan akirat, dari Engkau menimpakan atas diriku kemarahanMu atau dari Engkau turun atasku azabMu kepada Engkaulah aku adukan hal ku sehingga Engkau redza. Tidak ada daya dan upaya melainkan dengan Engkau"


                  Demikianlah sedihnya doa yang dihadapi kepada Allah s.w.t. oleh Baginda s.a.w sehingga Allah s.w.t. mengutuskan Malaikat Jibrail buat menemui Baginda s.a.w. Setibanya dihadapan Nabi Muhammad s.a.w. diapun memberi salam seraya berkata:Allah s.w.t.. mengetahui apa yang telah berlaku diantara kamu dan orang-orang ini. Allah s.w.t. telah menyediakan malaikat digunung ganang disini khas untuk menjalankan sebarang perintah kamu."


            Sambil berkata demikian Jibrail menghadapkan malaikat itu dimuka Baginda s.a.w Kata Malaikat ini:"Wahai Rasulullah, saya bersiap sedia untuk menjalankan perintah Tuan. Kalau dikehendaki, saya sanggup menyebabkan gunung-gunung disebelah menyebelah kota ini berlanggaran sehingga penduduk-penduduk dikedua-dua belah mati tertindih. Kalau tidak, Tuan cadangkan apa saja hukuman yang selayaknya diterima oleh orang-orang ini."


           Mendengar janji-janji Malaikat itu, Nabi Muhammad s.a.w. yang penuh dengan sifat rahim dan belas kasihan pun berkata:"Walaupun orang-orang ini tidak menerima Islam, saya harap dengan kehendak Allah s.w.t., yang anak-anak mereka, pada satu masa nanti, akan menyembah Allah s.w.t.. dan berbakti kepadaNya."


                        Sekarang perhatikanlah tauladan mulia dan suci murni yang telah dipertunjukkan oleh Baginda s.a.w. Kita semua mengakui yang kita menjadi pengikut-pengikutNya, tetapi dalam urusan hidup kita sehari-sehari,apabila cadangan kita ditolak atau tidak dipersetujui maka kita dengan lekasnya melemparkan maki hamun dan terkadang-kadang bercita-cita hendak membalas dendam terhadap mereka yang tidak bersetuju dengan kita.Sebagai pengikut-pengikutnya kita hendahlah mencontohi Baginda s.a.w. Selepas menerima penghinaan ditangan penduduk-penduduk Kota Taif, Baginda s.a.w hanya berdoa. Baginda s.a.w. tidak memarahi mereka,tidak mengutuk mereka dan tidak mengambil sebarang tindakan balas walaupun diberi kesempatan sebaik-baiknya untuk membuat demikian.
Sesungguhnya memaafkan adalah lebih baik dari membalas dendam atau bersangka buruk.

Read more...

my dreams!!

>> Tuesday, March 8, 2011

Impian ohh impian..
setiap org ad impian masing2 kn??
dlu mama n abah aku pnh ckp :
"nnt mama n abh nk g spain, bdua je.. mir smua xyah ikot!!"
wahhh tuhh impian mereka bdua.. hihi


bgaimana dgn anda?
cewahhhh da mcm motivator!! hahaha


aku sndiri ad jgk impian tsendiri..
antara nya..
aku nk jejak kn kaki kt sepanyol..
aku nk g Barcelona, g stdium camp Nou..
haaaaa besar kn impian aku??




dgn tekad dan usaha, InsyaAllah leyh tmakbul.. hihi
then aku teringin laa nk g Mesir..
aku tgk tmpt tu cm ad sejarah yg tsendiri..
aku nk tgk piramid!! n belajar budaya org mesir..
eventhough baru2 ni ad krisis kt sne..
tu smua xpatahkn smgt aku okeyhhh!! hahaha




sbnar nye post kali ni aku tulis secara tbe2 je pon..
tbe2 terasa nk cte psl impian lak!!
hahaha 


smoga impian kte smua tcapai!! sayonara!!

Read more...

Petua Mendapat Pasangan - Dato Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah

>> Friday, March 4, 2011

Haaa aku tbaca info ni kt satu web tuhh.. so teringin nk share bsme!! renung2 kn & slmt beramal!!


1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.


2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.


3. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.


4. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

5. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.
6. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.
7. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.
8. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.
9. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.
10. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.
11. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).
12. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.
13. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.
14. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.
15. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.
16. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.
17. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.
18. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.
19. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.
20. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.
21. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.
22. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.
23. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.
24. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.
25. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.
26. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.
27. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.
28. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.
29. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.
30. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.

Read more...

Jangan Mencari yang Terlalu Sempurna

>> Wednesday, March 2, 2011

Artikel ni aku copy dr page org je.. sje2 coz aku suke!! hihihi
SELAMAT MEMBACA!!

Jika kamu memancing ikan.... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.... Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

 Begitulah juga .........  Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya.... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu....  

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu.... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....  Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....

 Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya.... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.  Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....  

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelezatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.  

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain Kamu juga yang akan MENYESAL....

Renung renung kan dan selamat beramal!!

Read more...

Blog template by simplyfabulousbloggertemplates.com

Back to TOP