Powered by Blogger.

+Warga Bloggers+

Ramadhan datang lagi !!!

>> Sunday, July 31, 2011

Alhamdulillah..
Ramadhan yang dinanti sudah tiba !! yippii =D



now semua dok pakat-pakat buat ucapan "selamat B`puasa", "selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak", & etc. Dengan siap berpantun ape bagai. Its ok laaa even aku tau itu semua "copy & paste" kn?? thanks kepada yang wish kat aku. kpd yang aku xreply message, sorry !!! kredit xberapa mengizinkan lately. 


Nak cerita pasal "Memori Berpuasa" ni memang banyak. Lagi-lagi time kecik-kecik dulu kan?? memang rase nak gelak je bila teringat balik. Erm dengan TER-makan nye, TER- buka puase awal, TER-telan air time mandi dan TER-TER yang lain lah.

ok. 1st of all. Kita mula dengan masa kecik-kecik. Kecik ke?? xde laa kecik mane pon rase nye. Around 10-12 tahun gitu laa. Time tu puasa kat kampung. Well, puasa kat kampung, memang meriah lah. Lagi2 cucu sulung cam aku ni kan? memang layanan 1st class lah !! Nak dijadikan cerita, time tuh aku follow pakcik aku p beli makanan kat bazaar. Seronok seyh !! lagi2 bila dengar cogan kata "PILIH LAA YANG MANA SUKA" woot woot !!! memang penuh laa bakul... hehehe.

 Time tuh aku ngidam pulak nak makan BETIK. Pakcik aku pon belikan aaa betik seulas (betul ke seulas?? yg panjang dm plastik tuh?? hentam jelaa !!). Aku pon sukahati lah dapat betik. Then, bila keluar dari kedai, dengan MUKA TENANG, bukak plastik betik.. NGAP!! Yuuumm..yuummm.. then aku pandang pakcik aku. Dia pon buat muka pelik lalu berkata "Aik mir, bukan puasa ke harini?" Haiiilaaaaaa.. terlanjur sudah !! "ERM.. TER-MAKAN LAA PAKSU" jawab ku dgn muka xbersalah. haddoiii kelakar je bila teringat balik. Boleh pulak TER-makan !!

Itu xmasuk lagi dengan mandi dekat sejam, kumur-kumur banyak sedut air, then keluarnye sikit jee, tidur dari pagi sampai dekat maghrib (konon tido kan ibadah!!) hailaaaaa... macam-macam !!! 

Fast Forward >>

OK. now kita ke zaman lebih maju. Era sekolah menengah pulak !! bukan ape, aku lupa lah cerita zaman sekolah rendah !! hehehe

As we know, trend budak2 sekolah. "berbuka puasa bersama rakan2" memang popular !! Aku pon xlepaskan peluang berbuka sama !! memang meriah kalau keluar ramai2, p lepak kat area medan tuanku or jalan TAR atau yang sewaktu dgnnya. Nak dijadikan cerita, kebetulan kitorang lambat carik port berbuka puasa time tuh. Semua stall dah FULL HOUSE. Maka sedihlah kami, terpaksa buka puasa kat BUSTOP je.

 Alaa kalau dah ngn kawan2, apedehal bukak puase kat bustop kn?? still meriah !!. 

Time tengah tunggu azan maghrib, kawan aku ni cakap dia dah dengar azan. REALLY??? dengan yakin nya dia pon menyedut TEH O AIS nyee dengan RAKUS sampai tinggal setengah plastik. Waahhhhh NIKMAT berbuka seyhhhh.. Then after a few minutes, AZAN BERKUMANDANG. Haaiilaaaaa rupa nya ape yang dia dgn tuhh bukan azan, but recording ORANG BACA AL-QURAN + cam zikir2 tuhh. Dah setengah plastik air dia telan. Hahaha macam-macam hal !! Terlalu Obses nak berbuka laaa tuh...

Banyak lagi bende best kalau nak diingatkan balik. But for now I think thats enough laaa. Next time kte cerita lagi. 

Kepada seluruh Umat Islam, Selamat menyambut kedatangan Ramadhan al-Mubarak. Selamat beramal ibadah. Ganjaran berganda dalam bulan yang mulia ni. So jangan lepaskan peluang !! Anggap lah skang ni tengah MEGASALE kita nak buat pahala. Moga amalan kita semua mendapat redha & keberkatan Allah. InsyaAllah.

Read more...

Star & A walk to Remember

>> Saturday, July 30, 2011

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi..
Ramadhan yang dinanti-nanti akan tiba xlama je lagi..
Mudah-mudahan umur panjang dapatlah sambut ramadhan tahun ni.. InsyaAllah

Ramadhan tahun ni aku rase cam seronok sangat.. 
sebelum ni biase je kot !! why???
erm maybe sebelum ni still xsedar betapa besar nye kelebihan bulan Ramadhan al-Mubarak..

Astagfirullah...

InsyaAllah, untuk Ramadhan kali ni..
aku cuba perbaiki diri ni, cuba untuk berubah sikit demi sedikit..
Hijrah ke arah hidup yang lebih diberkati Allah.. InsyaAllah...

Sama-samalah kte manfaatkan Ramadhan yang bakal tiba okeyh??? =D

Okeyh, Actually mood aku tulis entry kali ni its about...
STAR, GALAXY, ASTRONOMY, n last but not least A WALK TO REMEMBER...

Aku sejak kecik mmg suka nature... yup !! kehidupan semulajadi di dunia ni...
Aku suka layan discovery channel, national geography.. n bla bla blaa..
But yang aku paling terpegun, tertarik, menarik adalah pasal ANGKASA LEPAS..
seriusly aku ade la jugak minat utk belajar astronomy..
aku nak tengok bintang, nak tengok galaxy, nak kenal planet2 kat angkasa sana..



ade laa jugak bgtau my mom yg aku nak beli TELESKOP, but i know that will be costly..
hurmm so agak terbatas laa niat aku nih.. sob sob sob
but baru2 nih aku ade mention pasal nk beli teleskop ngn mama, n dia cam ad niat utk menolong niat suci anak dia nih.. HAHA 
Hopefully dapat laa teleskop nnt.. Amin =)

Teringin aku nak baring kat tengah padang, kawasan gelap.. sambil teropong bintang.. so peaceful =D
Hope satu hari nanti niat aku ni jadi kenyataan..Amin

Ok Then. Semalam aku ade laa layan satu movie nih. A walk to Remember.
Movie yang mengisahkan tentang kekuatan cinta yang dapat merubah hati yang sekeras batu menjadi lembut selembut baldu ( cewwaaaahh !!! puitis seyhhh ). Yup, Thats true. That is the power of love. bagi orang yang paham, dorang akan setuju. 

Dalam movie tu, ad sorang laki. Laki yang sosial+liar+hati batu+keras kepala. Dia ni jenis yang xdengar cakap, semua dia langgar. But 1day dia kena denda masuk kelas teater, n dalam kelas 2 dia kenal ngn sorang girl ni. Day goes by, lame2 mamat ni pon jatuh hati ngn girl ni. Girl ni minat astronomy (sama kn cam aku??), dorg ad pegi stargazing same2 (Ohmaii..Impian aku!!). Kenal punya kenal, last2 girl ni ckp dia ade penyakit. Luekimia. Punye lah sedih mamat ni. But mamat 2 xpenah tinggalkan girl 2, dia nekad utk stay ngn girl 2 walau ape jadi. So sweet ryte??? Then, mamat ni cuba tunaikan satu persatu impian girl 2 sebelum girl 2 meninggal. Mamat 2 ade bg nama satu bintang sempena nama girl 2, thats awesome !! 

Dari seorang budak yang xdengar kata, disebabkan cinta kn girl 2.. mamat 2 berubah jadi seorang yg amat2 baik n caring. 

Walaupun dia tau dia xkan dapat bersama ngn girl 2 lama, but dia tetap cuba utk buat girl 2 rasa bahagia evrytime girl 2 disisi mamat 2. Sebelum girl 2 pergi buat selamanya, mamat 2 bjaya tunaikn semua impian girl 2.  

yup, same goes 2 me. aku akan cuba buat si dia rase happy evrytime dia ade dgn aku. aku cuba yg terbaik utk buat dia senyum n myb gelak bila ad ngn aku. Yup, sbb aku tau.. kita xtau ape akan jadi seterusnya. So selagi ad peluang utk buat dia rase bahagia, aku akan buat yang termampu.. sape tau ape akn jd even 1 saat berikutnya kn??

sekian dulu, salam Ramadhan semua....

Read more...

Kenangan dari Kg.Ketior

>> Tuesday, July 26, 2011

Assalamualaikum..
agak lama jugak xupdate blog !! well, xde idea yang best lah..

Mood today : Sakit menahan sakit !!
punca : Mulut kene ulser, disebabkan terkena SIKU time futsal tournament last week. Its HURTING me !!

Now nak makan pon kena berhati-hati, kunyah pon nak xnak je !! kang terkena area yang sakit tuh, menjerit pakcik !! saboo jeleerrr =) Mudah-mudahan cepat sembuh sakit nih.. amin

Haa topik entry kali ni nak cerita pasal FAMILY ANGKAT saya yang baru datang ke campus saya hujung minggu ni. Sebenarnya dorang ni datang untuk program timbal balik keluarga angkat dalam program USR-UTM untuk semester lepas. Sebelum ni kami yang datang tinggal ngn dorang, so now time untuk dorang pulak datang ke tempat anak-anak angkat dorang ni. tak lama pon, just 2h 1m je...

Seriusly, aku terharu dengan cara dorang layan kitorang. Kitorang ni anak angkat je, bukan anak kandung. But cara dorang ni layan kami ni dah macam anak kandung. Seriusly, orang-orang KG. KETIOR ni mmg baik sangat-sangat.

Mula-mula sekali dorang sampai, memang meriah la. Al-maklum lah orang kampung memang meriah-meriah semuanya. Hubungan silaturrahim antara mereka mmg kuat. Semua tuh da macam saudara-mara. Bukan macam orang kat KL ni, jiran pon xkenal kadang tuh !!! haiilaaaaaa

Well, seperti yang dijangka, mmg banyak laaa buah tangan dari kampung mereka ni bawak. Paling BEST, siap ade LEMANG and RENDANG beb !!! itu lah kemuncak yang membuatkan nafsu makan membuak-membuak !! (sakit dimulut pon dilupakan kejap..hehehe). Buah-buahan pon best jugak, ade rambutan, manggis, langsat.. fuhh memang kenyang beb !! 



Dalam rombongan CIK KIAH datang KL kali ni, kami bawak family angkat kami ni ke NILAI 3, PUTRAJAYA, I-CITY, JALAN T.A.R, & TUGU NEGARA. Even xberapa nak berjalan sangat, kira OK la tuh kn? dapat jugak jalan naik bas. Waktu singgah kat NILAI 3, ade laa jugak belikan sumtin untuk kenangan dorang nih. haaa ni haa hadiah untuk dorang : 


Well, ini pengalaman pertama aku join rombongan ramai-ramai naik bas. Sebelum ni just tgk dari jauh je. HAHA. Now dah merasa ape rase join orang-orang Kg turun bandor, jalan-jalan nek bas. Memang SYIOK !! Dengan melayan gelagat makcik-makcik ni lagi, memang boleh buat kita ketawa bila teringat balik.
Itulah pengalam baru aku. Lepas ni bila lagi la nak dapat peluang jumpe family angkat ni lagi. Maklum lah kita ni pon bukan ade transport sendiri nak g jauh2 sampai ke PERAK kn? InsyaAllah ade masa, kami akan datang melawat family angkat kami kt KAMPUNG KETIOR, KUALA KANGSAR, PERAK. We gonna miss u`ouls.
ni la mak n abah angkat saya 

Read more...

Sikap Mukmin Sebenar

>> Tuesday, July 19, 2011

Renungkan & selamat beramal =)

Sikap orang mukmin yang benar :

1.Kenapa aku diuji?
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan: ‘kami telah beriman’, sedangkan mereka belum diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang yang dusta.” (QS Al-Ankabut: 2-3)

2.Kenapa tidak beroleh yang aku harapkan?
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia sangat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia sangat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (QS Al-Baqarah: 216)

3. Kenapa aku diuji seberat ini?
Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (QS Al-Baqarah: 286)

4. Aku rasa kecewa…
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan jangan pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang paling tinggi darjatnya jika kamu orang beriman.” (QS Ali-Imran :139)

5. Bagaimana sebaik cara aku menghadapinya?
“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara kebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh di medan perjuangan, dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah sempadan) serta bertaqwalah kepada Allah, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).” (QS Ali-Imran: 200)
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat, kerana sesungguhnya solat itu sangatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.” (QS Al-Baqarah: 45)

6. Apakah yang aku peroleh daripada semua ini?
“Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.” (QS At-Taubah: 111)

7. Kepada siapa patut aku berharap?
“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal.” (QS At-Taubah:129)

8. Aku tidak dapat bertahan lagi…
“…dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.” (QS Yusuf: 12)



Sumber : blog Ummu Annas

Read more...

Nasyid : Suci sekeping hati

>> Tuesday, July 12, 2011

Suci Sekeping Hati by Saujana

Sekeping hati dibawa berlari
Jauh melalui jalanan sepi
Jalan kebenaran indah terbentang
Di depan matamu para pejuang

Tapi jalan kebenaran
Tak akan selamanya sunyi
Ada ujian yang datang melanda
Ada perangkap menunggu mangsa 


Akan kuatkah kaki yang melangkah
Bila disapa duri yang menanti
Akan kaburkah mata yang meratap
Pada debu yang pastikan hinggap

Mengharap senang dalam berjuang
Bagai merindu rembulan di tengah siang
Jalannya tak seindah sentuhan mata
Pangkalnya jauh hujungnya belum tiba



Read more...

Sabarlah menempuh hari-harimu...

Dalam hidup, tak semua yang kita harapkan akan menjadi seperti apa yang kita harapkan. Kadang2 kita planning nak buat A, tapi last2 jadi B pulak. Itulah lumrah kita sebagai manusia. kita hanya mampu merancang, Allah yang akan tentukan sama ada perancangan kita akan menjadi atau tak. Sebagai hambaNya yang lemah, kita kena redha dengan setiap ketentuanNya even ianya sukar untuk diterima. Sesungguhnya Allah itu maha Mengetahui, Dia tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. Ada hikmahnya dikemudian hari. InsyaAllah.

Kita manusia biase, yang banyak buat silap. Sama ada kita sedar atau xsedar. Kadang2 kita rasa diri kita ni baik, tapi dimata orang, kita membawa imej negatif. Itulah yg sering berlaku. Sudut pandangan manusia berbeza antara satu sama lain. So normal lah klu jadi cmtu kan??? So, langkah terbaik adalah, kita cuba untuk jadi yang terbaik untuk diri kita sendiri. Biarlah Allah yg menilai yang mana baik, yang mana buruk. Setiap perbuatan baik akan jadi sia-sia jika niat kita salah. Dalam Islam, niat amat penting. Walaupun kita berbuat baik sepanjang hari, tapi niat hanya untuk menunjuk-nunjuk, sia-sia je semua tuh. Setiap perbuatan haruslah ikhlas. Bukan untuk menunjuk-nunjuk kebaikan diri kita ni. Biar orang xnampak kebaikan yg kita buat tapi yakinlah Allah sentiasa nampak apa yang kita buat. 

Kalau orang cakap bukan-bukan pasal diri kita, tapi hakikatnya kita xseperti apa yang dorg katakan, kita sabar dan doa kepada Allah. Kita kenal siapa diri kita, dan Allah mengenali diri kita lebih dari yg kita tau. Janganlah risau, Allah sentiase bersama mereka yang ingat kepadaNya. Janganlah kita membenci mereka yang sering menyakiti kita, tapi bencilah kepada sikap mereka, doakan agar mereka mendapat hidayah untuk berubah ke arah kebaikan. Manusia boleh menilai, tapi sebaik-baik penilai adalah Allah S.W.T. Setiap dugaan yang kita lalui adalah ujian dari Allah untuk melihat sejauh mana kekuatan kita, sejauh mana kita ingat kepadaNya. Allah tidak akan memberikan dugaan yang tidak mampu untuk hambaNya lalui, ingat tuh !

"Gerhana hanya buat seketika, disebaliknya ada mentari yang sinarnya akan terus memancar memberikan cahaya"

p/s : Sebenarnya aku tulis entry ini untuk diri aku sendiri, semoga aku akan terus kuat untuk melalui hari demi hari yang mendatang dengan penuh tabah dan bersemangat !!




Read more...

Tak mustahil untuk berubah

>> Monday, July 11, 2011


Mustahilkah? Susahkah? Pasti jawapannya tidak mustahil.
Tetapi bukankah perubahan itu ada dua jenis iaitu perubahan positif atau perubahan negatif (nauzubillah).
Tiba-tiba terfikir satu persoalan.
Mengapakah untuk melakukan perubahan yang positif itu lebih susah berbanding perubahan ke arah yang lebih negatif?
Adakah kerana diri ini lemah? Lemah untuk melawan godaan syaitan?
"Dan sesungguhnya syaitan-syaitan itu benar-benar menghalangi mereka dari jalan yang benar dan mereka menyangka bahwa mereka mendapat petunjuk" - Surah Az-Zukhruf 43 : 37
"Dan janganlah kamu sekali-kali dipalingkan oleh syaitan sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu" - Surah Az-Zukhruf 43 : 62
Tarik nafas dalam-dalam. Ambil masa, fikir sejenak.
Yang mana lebih kita kejarkan? Perbuahan yang lebih bagus atau yang sebaliknya?
Pastinya yang lebih baik.
Tetapi tidak dapat untuk kita nafikan untuk melakukan perubahan kearah kebaikan ini, jalannya dihiasi dengan ranjau yang peuh berduri, halangan, ejekan, ujian, dan semua ini adalah dugaan.
Kadang-kadang untuk berubah ini penuh dengan bisikan dan desas-desus manusia:
"Eh, kenapa A pakai tudung sekarang ini, bukankah dahulu dia seorang minah rempit, ini mesti tak lama nie!"
"Alhamdulillah, A dah mula berubah insya Allah sentiasa dirahmatinya"
Hendaklah kita sematkan dalam pemikiran kita, janganlah sesekali kita terpengaruh dengan kata-kata negatif terhadap diri kita, kerana andai kata kita terpengaruh dengan kata-kata tersebut, pasti berat kaki ini untuk melangkah ke alam baru, berat lagi hati ini untuk melakukannya.
Percayalah, kita lebih mengenali diri kita dari orang-orang lain, dan Allah lebih mengenali kita dari diri sendiri.
Tidaklah semua perkara itu manis untuk menuju ke syurga, kerana pasti Allah selitkan sedikit ujian untuk kita, bagi menguji diri ini.
"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “Kami telah beriman”, dan mereka tidak diuji?" - Surah Al-Ankabut 29:2
Apakah definisi perubahan sebenar dalam diri kita? Adakah hanya dari segi fizikal atau hati nurani? Yang mana akan datang dulu?
Sebenarnya, yang mana datang dahulu itu tidak penting, kerana yang lagi penting adalah hasilnya.
Andai kita rasa, perubahan fizikal seperti melabuhkan tudung dan pakaian itu lebih mudah, maka lakukan itu dahulu, kemudian kita melatih hati ini satu persatu, andai kita merasakan hati ini lagi senang untuk dilatih, maka latihlah ia dahulu.
Kerana perubahan itu datangnya dari hati yang ikhlas, yang tulus. Insya Allah.
Mari mulakan langkah kita bersama, kerana pintu taubat itu sentiasa terbuka.
Manusia sentiasa perlukan perubahan kerana iman kita naik dan turun. Jangan biar jalan kita dihiasi dengan futur.
futur bermaksud sikap malas, melambat-lambatkan dan bertangguh dalam keadaan dulunya sentiasa pantas dan efisien,


Sumber article : IluvIsam

Read more...

Love Valuation Camp at Uu Bendul

>> Saturday, July 2, 2011

Alhamdulillah, baru selesai camp Love Valuation bersama ahli PEHARTA UTMIC kat Ulu Bendul, negeri Sembilan. Camp yang bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan diantara ahli-ahli PEHARTA ni dibuat selama 2hari1malam. Even nampak macam kejap, tapi pengalaman yang kami dapat memang banyak, antara sedar atau tak sedar sebenarnye.

Nak citer dari awal ke? xperlu laaa kot ! sebab dalam bas aku tido je pon.. xde bnde nk diciter kan!! HAHA

Well, setelah sampai ke camp site semua junior dipisahkan kepada group2 masing-masing. So dorang akan tido sekhemah ngn ahli group dorg. Itu untuk pompuan la. Untuk laki tido kat wakaf je, taraha punye !! So untuk yang jenis2 "loaded" tuh, dorg tpaksa laa belajar tido dalam khemah. Takde Specia Treatment OK!!

Then aktiviti untuk malam pulak, kami buat LDK. Mula-mula dorg kne buat logo group. Logo yg ade maksud2 tsendiri. Well, macam2 bnde laaa muncul. Kapal terbang laa, duit laaa, and many more laaa !! Aktiviti ni bagus jugak sebab akan bagi pengalaman untuk dorg ni belajar bcakap depan public.

Then, LDK seterusnya kam main "telefon Rosak". Haiiilaaaaa. Memang "rosak" budak2 nih kerjakan. HAHAHA. Dorg ni dibagi satu ayat yang lebih kurang sama bunyi nye macam "Ku kikis kuku kaki kakakku, kakakku kikis kuku kaki kananku, ku rasa kaki ku kaku". Then org paing depan kne bgtau org blakang, dan org seterusnya. Bia sampai kat org last, mmg macam2 ayat pelik laa keluar. Kelakar jeee.. HAHAHA

Malam laa antara time paling best bagi aku. Lepak ngn kwn2 buat unggun api. p carik kayu ramai2. Semangat tuh nk buat api besar2. HAHA. Then ble makin malam, sorg demi sorg hilang p carik tempat tdo. Last2 tinggal aku n hafiz suria jee xtido smpai kol5 lebih. Baring tepi unggun api sambil tgk bintang kat langit. Feeling je.. hehehe pengalaman yang berharga!!!

lagi satu pengalaman, kene gigit nyamuk kt bibir. Nyamuk kot? xpon semut. Abes bengkak bibir aku. wat spoiled je. HAHA nasib baik laaa tgahari tuh dah surut bengkaknye. Pengalaman pengalaman !!!

Banyak lagi benda best kami buat dalam camp nih. Sekadar suka2 untuk mengeratkan lagi hubungan. Bukan maksud nak kenakan junior2 nih. Kami gurau2 je. hehehe Tahniah kepada pengarah program Abu Salathin Akashah kerana dapat menjayakan program ni. Xlupa juga kpd AJK2 yg dah bnyk btungkus lumus untuk memastikan program ni berjalan lancar.

So pasnih ade lagi satu camp lak, Camp KSS plak. So hope akan dapat lebih banyak pengalaman baru !! :-)

*sebenarnya nak tambah lagi entry ni, but mata dah ngantok. Xlarat dah ni. huhuhu


Read more...

Blog template by simplyfabulousbloggertemplates.com

Back to TOP