Powered by Blogger.

+Warga Bloggers+

Waiting.. Im waiting..

>> Monday, November 28, 2011

Kenapa susah nak suka orang lain??


Kenapa susah nak lupa kat dia??


kenapa still nak tunggu dia???


kenapa?? kenapa?? dan kenapa??


well, I think its happen because u really-really like her. Bila kita dah sukakan someone, of course la kita akan give all the best untuk orang yang kita suka kan?? 


Sebab tu laa kita susah nak sukakan orang lain sebab hati kita dah pilih "si dia". Dah takde tempat untuk orang lain lagi dalam hati U`ouls. So bila U`ouls try nak move on, nak cipta "novel cinta" yang baru, mesti U`ouls rase macam ade yang tak kena.


"apsal aku rase tak happy eh?? nak borak pon macam ade something yang tak kena?? layan pon nak taknak je =.=" 


well, maybe thats happen because U`ouls tak dapat masukkan GF baru tuh dalam hati. Ala senang citer tak sejiwa dengan U`ouls laaaaa sebab still terkenang kekasih lame kan...


Bila kita dah serius dengan someone, of course laa kita nak kekal dengan dia kan?? takkan perhabis itu ini just for a "cinta monyet" ryte??. Lagi-lagi bila kita dah cakap dalam hati "dia ni laa ciri-ciri gadis pujaan yang aku impikan selama nih". Haaa itu lagi best, comfirm dia akan protect and take a good care about that relationship eventhough it just a friend. well, dalam berkawan pon boleh timbul rase suka kan???. 


Bila kita dah betul sukakan someone, itu yang buat kita susah nak lupakan dia dari hidup kita. Susah untuk kita nak move on sebab dia dah ade dalam hati kita. Maybe perlukan masa untuk "delete" dia dari hati kita, so U`ouls kena sabar laa k?. Untuk yang setia menanti, banyak-banyak berdoa, mane tau dia jodoh kita ryte??.


So ape pon jadi, teruskan melangkah. kalau tak boleh nak mengadu sesama manusia, mengadulah pada Allah sebab Dia lebih faham ape yang kita lalui. 


#p/s : I`ll wait for a miracle.. a dream come true =)


Read more...

100 hari - drama yang banyak pengajarannya

Alhamdulillah, still diberi peluang untuk terus bernafas di bumi Allah ni. Syukur dengan nikmat yang telah diberi selama kita masih mampu bernafas.

Salam Maal Hijrah buat semua muslimin dan muslimat sempena Tahun Baru 1433 Hijrah yang baru je kita sambut semalam. Semoga kita dapat memulakan tahun yang baru ni dengan azam dan semangat yang baru. Mudah-mudahan tahun ini lebih baik dari tahun yang sebelumnya. InsyaAllah.

Kebetulan tadi aku terlintas nak tengok TV1. Ada drama (drama la kot? telemovie camtu laah) yang buat aku tertarik untuk tengok. Drama yang berkonsepkan muhasabah diri, bertajuk 100 HARI. 

Antara pengajaran dalam drama ni :

1- Ajal & maut kuasa Allah, bila-bila masa kita boleh pergi menghadap Allah tak kira tua atau muda. So jangan lah kita anggap masa muda nak enjoy, time tua nanti baru nak taubat.

2- Jangan kita ingat pada Allah bila kita dalam kesusahan semata-mata dan melupakan Allah bila kita senang.

3- Jangan kedekut untuk memberi bantuan kepada yang memerlukan. Duit boleh cari, jangan berkira sangat nak tolong orang.

4- seimbangkan ilmu dunia dan akhirat. Jangan terlampau mencari ilmu duniawi sampai kita lupa tentang ilmu kita di akhirat.

5- Sabar dan redha dengan ketentuan Allah. Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. 

Banyak lagi sebenarnya pengajaran dalam drama ni yang relate dengan kehidupan seharian kita. Mudahan drama ni dapat membuka hati kita untuk ingat Allah tak kira susah atau senang. InsyaAllah. 




Read more...

Hidayah itu milik Allah

>> Monday, November 14, 2011

Assalamualaikum kepada yang sedang membaca blog aku skang ni =)


Dah sekian lama aku memalaskan diri aku nak update blog aku ni... mesti dah usang+berabuk+terbengkalai kan?? actually aku tak tau nak share pasal ape.. hehe

Well, skang ni aku nak share about pengalaman aku harini..

Pagi tadi, aku follow my parent`s pergi Jbtn Agama Islam wil. Persekutuan (JAWI). Located near the national Mosque..

Alhamdulillah, salah sorang daripada kerani Abah aku terbuka hati dia nak memeluk Islam. Sebelum ni dia anut agama Hindu. 

dalam prosedure ni memerlukan 2 orang saksi. Macam nak nikah jugak, nak pakai saksi. So aku ngan Abah aku jadi saksi kepada akak tadi ni...

Waktu tengah isi borang tuh, ustaz ade tanye dia "ape yang buat awak tertarik dengan Islam?"

Then dia cakap, "saya suka cara Islam menyuruh untuk menutup aurat, cara hidup Islam yang berdisiplin & ada batas dalam kehidupan umatnya".

Subhanallah, terharu beb aku dengar orang yang bukan Islam boleh minat untuk menutup aurat. Padahal orang Islam itu sendiri bagi pelbagai alasan untuk mengelak dari menutup aurat dorang. Renung-renungkan =)

Then ustaz tuh bagi penerangan kat dia tentang Islam, yang basic-basic je, pasnih dia kena join class-class ibadah yang lain untuk lebih mahir. 

Ustaz cakap, dalam hidup ni.. kita tak boleh ikut orang. Sebab apa yang orang tuh buat belum tentu betul mengikut ajaran Islam yang sebenar walaupun dia dah buat bende tuh dari kecik. Kadang-kadang orang Islam tu sendiri yang buat saudara-saudara baru ni confused dengan Islam tu sendiri. 

Contohnye dalam pakai tudung, ade yang pakai, ade jugak yang tak pakai ryte?? haa bende ni akan menjadi persoalan dalam kepala dorang "eh pakai tudung ni boleh pilih-pilih ke?? nak pakai boleh.. tak pakai pon boleh ke??

Sepatutnya persoalan camni tak perlu timbul pon, but nak buat camne kan?? yang Muallaf ni kadang lebih faham Apa Itu Islam daripada orang Islam yang memeluk Islam dari lahir lagi..

Aku harap akak ni akan terus berusaha untuk menjadi seorang Muslimah yang baik dan takkan hanyut ngan godaan duniawi ni. Pasnih kompem banyak dugaan untuk dia, maklum la klu orang Hindu convert to Islam ni memang susah sket untuk family dorang terima kan..

ni laa pengalaman pertama aku dalam proses saudara baru memeluk Islam. Alhamdulillah, makin bertambah saudara kita. bak kata ustaz tadi, "kita tak cari kuantiti, but kita perlukan kualiti". Thats ryte !! 

Sama-sama laa kita perbaiki segala kekurangan dalam diri kita, bukan untuk orang lain.. untuk kebaikan diri kita jugak =)

"Orang Islam belum tentu Beriman,
 but Orang beriman itu adalah Islam" 

Sekian...



Read more...

Blog template by simplyfabulousbloggertemplates.com

Back to TOP