Powered by Blogger.

+Warga Bloggers+

Manfaatkan lah masa kita..

>> Saturday, July 7, 2012

Zaman terus berubah, masa terus berjalan meninggalkan mereka yang lalai dan tidak menghargai masa. Masa yang berlalu takkan dapat kita putar semula.. takkan dapat kita ulang semula.. takkan dapat kita perbaiki semula apa yang telah berlaku..

Apa yang mampu kita buat adalah ; pastikan apa yang kita ada sekarang, masa yang kita ada sekarang tidak dipersia-siakan lagi, seperti masa yang telah kita tinggalkan dulu..

Manfaatkanlah masa muda kita dengan sebaik mungkin, manfaatkan masa muda kita untuk mencari redha Ilahi. Kenapa? sebab tak semua antara kita akan berpeluang menemui hari tua nanti, tak semua daripada kita akan berpeluang untuk sampai ke usia emas, takde sapa boleh jamin dia akan hidup satu saat yang kemudian..

So, sementara kita still kuat, kita still mampu, kita still gagah untuk berjalan.. jangan la berhenti untuk belajar & memperbaiki diri kita. Banyak alternatif lain kita boleh guna untuk cari ilmu, tak semestinya kita kena pergi kelas atau masjid. Kita boleh tengok YouTube, kita ada web ILuvIslam, kita ade forum online, kita ade Facebook.. semua tu kita boleh manfaatkan dengan sebaik mungkin.

Tapi bukan mudah nak berubah, bukan senang nak berhijrah ryte??

Yup, memang tak senang, memang tak mudah. Rasullullah S.A.W nak berhijrah pon perlu lalui pelbagai dugaan. Tapi percayalah, hikmah menanti mereka yang bersungguh-sungguh untuk kembali kepada jalan Allah S.W.T. 

Tak rugi pon kalau kita bersusah payah dalam mencari hidayah & redha Allah S.W.T.. percayalah

Doa banyak-banyak.. semoga Allah kuatkan hati kita, tabahkan jiwa kita untuk kembali ke jalan yang diredhai olehNya. InsyaAllah








Read more...

Aku dan Part-Time Job

>> Tuesday, January 24, 2012

Kerja.. kerja.. kerja..
kenapa perlu kerja? sebab nak dapat gaji, nak dapat duit, nak dapat belanja ryte??
Well, thats the reality that we have to face..

Memang tak kerja pon boleh dapat duit, but tak semua orang berpeluang dapat peluang sebegitu kan?? Roughly, ade beberapa kategori keluarga kat dunia ni yang memberi pendapat berbeza mengenai "anak-anak yang bekerja part-time".

1st Category :
For example, ade certain parents yang tak bagi anak anak diorang kerja. Diorang cakap diorang mampu nak tanggung anak-anak diorang, so takpayah susa-susa penatkan badan nak bekerja di usia muda. Usually, situasi ni terjadi kat family-family yang "loaded" je. Anak-anak dorang memang tak pernah kerja even sekali pun, but dorang punya gadget, fashion, lifestyle memang "Tip-Top Ting-Ting"lah kan.

2nd Category :
Family yang mampu nak tanggung anak diorang but tak halang anak diorang bekerja. I mean, tak terlampau senang/kaya & tak terlampau susah. Sederhana cam gituuu lah lebih kurang. Kalau situasi cam gini, parents dorang tak halang pon anak-anak diorang nak kerja carik duit makan sendiri. In the same time, anak-anak diorang pon bukan jenis kaki mintak duit punya orang. Usually, parents cam gini nak anak-anak diorang belajar carik duit sendiri. Diorang taknak terlalu manjakan anak-anak diorang dengan kemewahan hidup. If U want it, go get it by urself son !!

3rd Category : 
Haa yang ni pelik sikit, and maybe jarang-jarang berlaku hopefully.. Situasinya adalah, family yang tak berapa nak senang. Banyak susah dari yang senang. Pastuh cara anak-anak dia pulak mengalahkan orang senang. Haa camne tuh? Kesimpulan dia macam, orang yang tak mampu tapi nak buat macam dia mampu.  Pastuh bila parents dia suruh kerja sendiri, tak nak pulak? Haa yang ni susah sikit. Yang dia tau apa yang dia nak, terhidang depan mata. Aiseyyyyy =.=

Aku rasa cukup lah tiga kategori ni dulu. Korang rasa korang kat katagory mana?? 

But berdasarkan pengalaman aku, aku rase aku duduk kat kategori no.2 tuh. The reason?? aku dari kecik (takde la kecik sangat) dah diajar untuk usaha sendiri untuk dapatkan apa yang aku nak. Waktu aku form1/form2 gitu aku dah mula bukak stall jual gula-gula, kopok, askem sendiri kat taman permainan umah aku tuh. Time tu parents aku tolong laa bagi modal, aku juz operate that buisness bagi jalan la. Not bad laa untung dia... Yang tak best nye, ade sorang pakcik India nih halau aku, dia cakap aku punya stall ni takde lesen bagai, nanti dia report Polis. Wadahellll laahh !!

Then bila aku dah besauu sikit, aku follow pakcik aku g pasang canapy (khemah kahwin). Time tu aku maybe form2/form3 cam gitu laa. Kerja angkat-angkat besi, kerusi, meja bagai. Memang agak penat la. Kerja tengah panas, berpeluh bagai.. time tu awek pandang sepi je kat aku. Yelaa, mamat khemah je pon kan?? but demi mencari rezeki aku tabahkan diri. Actually kerja ni aku still buat sampai sekarang kalau aku nak pakai duit lebih.

Pastu lepas abes SPM, aku merantau jauh sikit. Merantau ke segi-tiga Emas KL (BB-Sg.wang-TimeSquare) pulak. Haa sebelum tuh, lupa !! aku penah kerja dalam 4hari kat kedai kasut. But macam tak happy, so aku cabut !! HAHA. Aku cabut sebab aku tak suka la jadi promoter kasut. Follow customer ke hulu ke hilir.. RIMAS OKEYH !!

Lepas SPM, aku kerja kat The Coffe Bean & Tea Leaf Sungai Wang Plaza. Ini la tempat kerja paling awesome aku setakat ni. Seronok kerja kat sini, gaji pon berbaloi, makan minum semua ditanggung beres. Dapat manager pulak yang sekaki ngan aku. AWESOME!! Banyak aku belajar kat tempat kerja ni, kat sini jugak aku dapat kawan foreigner dari Madinah beb.punye la baik ngan aku. Dah macam bapa angkat gitu lah dia ngan aku..

Then bila dah bergelar Mahasiswa ni, aku dah kurang sket kerja part-time ni. Ade la jugak kerja, but kadang-kadang je. Kerja pon dekat Dewan perdana Felda. Gaji boleh laa support seminggu makan kat campus !!

..............................................................................................................................................

Well, itu la sedikit sebanyak pengalaman aku kerja. Aku kerja bukan sebab parents aku takde duit nak bagi aku makan. But sebab aku nak survive sendiri, beli apa yang aku nak dengan duit penat lelah aku sendiri. So nanti aku akan lebih appreciate benda yang aku usahakan sendiri. Lagipon dari kerja-kerja ni aku dapat belajar cara nak handle situation yang aku hadapi. Lebih berpengalaman laa orang cakap !!

So thats all, serba sedikit pengalaman aku sepanjang menjadi pekerja Part-Time di beberapa kompeni di sekitar KL. Thanks kerana sudi membaca blog yang tak seberapa ni =D

Read more...

budak zaman sekarang.. aduhaiii

>> Thursday, January 12, 2012

Masa berlalu pantas, zaman semakin maju ke depan, cara hidup makin menyerabutkan kepala. Am I ryte???

Kalau dulu hidup simple je, but now dah makin bertambah demand untuk survive kat dunia serba canggih ni kan. Hidup untuk sehari dah boleh cecah RM10++ just untuk makan jeee.. kalau dulu, RM10 boleh beli macam-macam kan?? 

Haaaa lagi satu trend skang ni, COUPLE-ing. Alaaa bahasa melayu cakap "CINTAN-CINTUN". 

Budak sekolah skang ni dah maju dah. Kadang tuh sekolah rendah dah mula nak ade "pacar" beb. Mana aku tahu?? biase laaa, aku pon penah laluu zaman tuh. But aku rase zaman skang ni nampak lagi "UP" lah budak sekolah nye... biase laa, zaman dah maju..

kalau kita dulu main tulis surat, then pass kat kawan ryte?? skang ni sekolah rendah dah ade HENPON dah !! dah pandai compose message kat awek. Maju tak maju laa budak skang nih !!! 

Haa itu pasai laa skang ni masalah sosial remaja makin teruk & menjadi-jadi. Disebabkan kebebasan yang terlampau, dorang pon dah tak sedar dorang langgar batas..

Seriusly, sedih jugak tengok budak-budak nih. Lagi lagi yang pompuan tuh kan, then ISLAM pulak tuh. Terdedah sana, terdedah sini. Anak orang kaya, but baju kain pon xcukup. kesian kesian. tapi ape boleh buat kan?? sape lah kita ni.. nak tegur kang dia melenting pulak.. hadoiii

Pastuh bila kuar, dok pelok sane sini ngan pakwe dia.. konon suami dia letteewww kan??? hadoi.. aku pikir baik jelaaa bila jumpe "spesis" cam gini.. "OH.. SUAMI ISTERI KOT DEPAAA NIH??" haha. Obviously, memang bukan suami isteri lah kan...

Time muda-muda nih seronok laa bagi pegang sana, pegang sini.. but nanti bila time nak kahwin.. nak carik suami or isteri, dah tak lakuu. yelaaa.. orang dah tau perangai kita camne kan?? 

bak kata pepatah. "makanan yang tertutup rapi lebih terjamin kesucian dan kebersihannya". ape maksudnya?? luu pikir lah sendiri.. 

Takpe la, aku harap satu hari nanti depaa ni dapat laa berubah jadi lebih baik. Mudah-mudahan adik-adik aku & kawan-kawan aku tak tergolong dengan orang yang tak reti nak malu niih.  

sekian. Assalamualaikum

p/s : tetiba aku terasa nak update blog pulak !!




Read more...

Blog template by simplyfabulousbloggertemplates.com

Back to TOP