Powered by Blogger.

+Warga Bloggers+

"Dia kan mak kamu.."

>> Thursday, June 30, 2011

Kisah ni aku baca dari blog CIK ASNIZA. Then aku olah sikit-sikit cerita ni. Kisah mengenai seorang anak yang meninggalkan rumah apabila dimarahi ibunya. Jom kita layan dan ambil pedoman sama-sama ok !



Pada satu malam, seorang anak telah bergaduh dengan ibunya disebabkan satu kesilapan yang telah anak itu lakukan. Disebabkan dari kesilapan itu, si anak telah dimarahi ibunya, lalu si anak lari meninggalkan rumah kerana marahkan ibunya.

Si anak pergi dari rumah sehelai sepinggang. Tiada sesen pon wang yang dibawanya. Setelah penat berjalan, dia terjumpa sebuah kedai makan. Dia berdiri sambil melihat kedai itu dari jauh. Perut sudah berkeroncong akibat kelaparan, namun dia tidak mampu untuk membeli apa-apa makanan disebabkan dia tidak mempunyai wang.

Peniaga kedai makan tersebut sedar si anak tersebut melihat kedainya, lalu bersimpati. Beliau memanggil si anak masuk ke kedainya. beliau kemudian menghidangkan makanan buat si anak yang kelaparan.

Ketika hendak makan, si anak berasa hiba, tersentuh, lalu menangis. peniaga tersebut bingung dengan sikap anak tersebut.

Lalu beliau bertanya "mengapa engkau menangis, nak?"

Si anak berkata " Pakcik tak kenal pon saya, tapi pakcik jemput saya masuk, bagi saya makan.. tapi mak saya, saya buat salah kecik pon dia dah marah saya, dah halau saya dari rumah.. saya kan anak dia pakcik?"

Peniaga tersebut diam untuk seketika.. kemudian berkata "pakcik baru bagi kamu makan sepinggan makanan, kamu dah terharu, menangis. Tapi Mak kamu dah beri kamu makan entah berapa pinggan makanan sejak kamu kecik sampai sekarang. Pernah kamu hargai?? kenapa tak terharu? kenapa mesti kamu bergaduh dengan dia.. ambil hati dengan kata-kata dia?? Dia kan mak kamu..."

Mendengar kata-kata peniaga itu, bertambah deras air mata si anak mengalir dari matanya. Si anak sedar akan kesilapan yang telah dia lakukan. Dia tidak sepatutnya bertindak sedemikian. Si anak menguatkan hatinya untuk pulang ke rumah biar pun telah dihalau oleh ibunya.

Setelah selesai makan dan berterima kasih kepada peniaga itu, dia pun mengorak langkah pulang ke rumah. Apabila sampai dihadapan rumah., dia melihat ibunya sedang terduduk di muka pintu risau menantikan kepulangan anaknya. Si anak berlari mendapatkan ibunya dan terus memeluk ibunya sambil memohon maaf dengan airmata mengalir dipipinya. Kini dia sedar betapa sayangnya ibunya kepadanya. Kerana sepinggan makanan, si anak sedar betapa kasih ibu membawa ke syurga.

Sebagai seorang anak, hargailah pengorbanan yang telah ibubapa kta lakukan untuk kita. Jangan cepat sangat mengeluh or merungut sana sini. Hargailah mereka sementara mereka masih ada untuk kita. 

Read more...

Macam-macam hal.. Nasib baik menang!!!

>> Wednesday, June 29, 2011

P/S : Topik kali ni berkaitan dengan bola sepak. So buat yang xsuka bola, anda dinasihati supaya tidak meneruskan pembacaan kerana dikhuatiri tidak dapat menghayati entry nih !! HAHA


Stadium Nasional Bukit Jalil, 29hb Jun 2009 - Malaysia Vs Taiwan Kelayakan Piala Dunia


Perjalanan dimulakan pada jam 7.45 ( after solat maghrib okeyh!! ). Ni pon dah kira lambat sebenarnya. But atas sebab-sebab yang tak dapat nak dielakkan, so terpaksa la gerak after maghrib. Well, lumrah hidup di KL.. JAMMED!!! Aduhai nasib.. saboo jelerr.. tak pasal sampai lambat kt stadium. kol 8.45 still dlm kereta???


OH NO!!! SERIOUSLY I`M BENGANG OKEYH!!!


Demi nak tengok game Malaysia, kami nekad jalan kaki je masuk stadium. Parking jereta tepi jalan ( sesuki jee!! ) then menapak dari tepi highway.. HAMEEKK KAU !! sape soh gerak lambat sangat !!!


OK FINE~ APE SALAHNYE EXERCISE SKALI SKALA ryte??? *sedapkan hati


Jalan 10 langkah, timbul satu soalan yang agak boleh buat orang sakit jangtung sesak nafas..
EYH KENAPA TIKET ADE 4 JE??? MANA LG SATU??? SERIUSHIT!!
aku ingat kan si Syafiq Sulong nak buat jenaka!! rupanya serius belaka!!!
try cari dalam kereta, jawapan nye "TAKDE LAA".. erm demi member kan?? so kongsi laa duit, beli tiket baru.. *Nasib laa kaunter tiket bukak lagi beb!!!


Maka masuklah kami dalam stadium.. HUU HAA HUU HAAA sampai takde suara then tiba masa untuk pulang.. result 2-1.. not bad untuk Malaysia yang tengah mendaki mercu jaya kan!!! tak perlu nak cerita ape ade dalam stadium sebab semua orang tau ryte???


BANYAK NYA GERAI, SHOPPIN JOM!!!


Tiba-tiba kami ternampak baju training Malaysia. "WEYH LAWA BEB, RUGI XBELI.. DUIT KAU CUKUP X??? kata Amir kepada Umar. Umar berkata " AKU ADE LA JUGAK.. JOM LA BELI !!"
Maka kami (aku, umar, ejart, abey) pon beli laa baju tuhh dengan hati yang suka duka ria!! Lagi suka bila dapat diskaun beb!!


Then kaki dilangkah menuju ke tempat kereta, parking HARAM yang kami terpaksa parking. TERPAKSA ok!!! kalau xjammed cam haremm mmg xparking kt situ beb!!!


Vroom, vroom.. tengah seronok jalan atas highway nak balik UTM.. keluar satu ayat "SERIOUSSHIT!!!" dari mulut UMAR.. sambil menunjuk kan baju training kit dia yang takde lengan. Maka Umar pon moody semacam dan berhajat untuk menjualnya kembali. Tak lupa!! Abey juga mengalami nasib yang sama.. "Adakah Umar berjaya menjual nya??? Saksikan dalam episod akan datang!!"


Saboo jelerrr.. 
Macam-macam Hal bila 1st time kua g stadium ngan budak2 kolej nih.. Skang kita rase macam bengang, geram, marah n Etc.. But bila sampai satu masa, kenangan macam ni la buat kita gelak ketawa. Trust me!! 
Ada hikmahnya sumtin happen to us. Terima dengan redha. InsyaAllah akan nampak hikmah nya pada masa akan datang..


Well, segala kesilapan yang telah berlaku akan buat kita lebih alert dimasa akan datang. InsyaAllah kita akan jadi manusia yang lebih berhati-hati dan cermat dalam melaksanakan tanggungjawab kita dimasa akan datang.


Seronok dapat lepak ngn korang.. ada masa kita p stadium lagi nok !!!





Read more...

Aku dan Gerai Burger

>> Tuesday, June 28, 2011

Assalamulaikum, n a very good evening to all !!
tiba-tiba mood aku nak update blog muncul kembali !!
Kawan aku, Cik DIYANA YUSOF pon ade tegur diew cakap aku PEMALAS nak UPDATE blog..
memang pon, aku ni menulis ikut mood.. asyik update pon bosan jugak ryte?? 


well,well,well~
topik ape aku nak berseloka hari ni eh???
HAAAAAAAA!!!!


Aku baru-baru ni ade meluahkan hasrat kepada pihak kolej Kediaman Siswa Semarak bekenaan hasrat aku nak bukak gerai BURGER sebagai langkah untuk meneruskan aktiviti kelab Usahawan dalm kolej ni. Nampak gaya macam diluluskan. we`ll see ape jadi nanti.



So bila aku bagitau nak bukak gerai tuhh, so keluarlah nasihat-nasihat dari orang-orang yang lebih tua. "Nak niaga biar betul-betul!" "jangan niaga kejap sangat pulak!" "kedai kau tuhh bia lawa-lawa sket, baru ramai datang!" bla..blaaa..blaaa..


Biase laaa tuh, nasihat awal sebab sebelum ni pon penah dah orang bukak bisnes dalam kolej aku nih, but just for a while. Then tutup. Terkubur macam tuh je. So sebagai pencetus idea baru ni, aku cuba pikirkan jalan yang terbaik sebelum bukak bisnes nih. Mudahan-mudahan dipermudahkan oleh-Nya. Amin....


Dalam bisnes kali ni, Aizat Tamsi (classmate + housemate) aku jadi rakan kongsi. So gerai ni kami akan kemudi sambil dibantu oleh Fatin (classmate). Harap pakatan ni dapat memberi yang terbaik dalam memajukan bisnes ni.


Well, as we can see. Nak bukak bisnes dalam KSS ni xsemudah yang disangka. Population xde laa ramai sangat. So utk attract populations nih bukan satu kerja yg mudah. Hope kami mampu solve this problem.


Mama aku pon ade cakap kat aku bila aku bgtau aku nak bukak bisnes berger nih. "Amir ni memang, dari kecik asyik cakap nak bukak kedai berger, skang dah bukak dah pon". Ingat mama aku ape aku cakap waktu kecik kan?? so SWEET ~


So aku harap ape yang aku plan ni dapat jadi kenyataan. Moga semua mendapat keberkatan dari-Nya. Kami mengharapkan sokongan dari kawan2 se-KOLEJ. Kita kena berani ambil risiko dan belajar dari kesilapan. Adios !!!


P/s : xleyh nak update panjang2 sangat coz esok ade kuiz computer!! hehehe



Read more...

Moga kau terus kuat Sahabatku..

>> Saturday, June 25, 2011

Sedih. Itu laa perasaan aku bila tengok kawan lama aku terlantar di atas katil ICU hospital Selayang.
Lebih buat aku sedih, kaki kau terpaksa dipotong, tangan kiri masuk besi, rusuk bengkak. Ya Allah..
aku tak sangka sampai macam ni keadaan kawan aku..

Ya Allah, kau panjangkan lah umur kawanku Ya Allah..

Kawan yang dulu aktif, sekarang terbaring tidak berdaya..
bernafas berbantukan mesin oksigen..
Dengan badan dipenuhi wayar-wayar..

Besar cubaanMu terhadap beliau..
nikmat kaki untuk bergerak, kini Allah dah tarik kembali daripada beliau..
Sesungguhnya Allah maha Berkuasa, kita kena redha dengan ketentuanNya.

Jadilah seorang hamba yang bersyukur dengan nikmat yang Allah masih kurniakan kepada kita.

Allah maha Mengetahui..
Pastinya ada hikmah disebalik musibah yang menimpa..
Allah takkan memberi dugaan yang tidak mampu untuk hambaNya hadapi.
Aku yakin, dia seorang yang tabah dan kuat hatinya. 
Aku yakin dia mampu menghadapi dugaan ni.
InsyaAllah.

Aku faham. Aku takkan faham apa yang kau lalui sekarang. Aku turut simpati dengan kau.

Sebagai kawan, aku doakan kau cepat sembuh, kau kuat, kau tabah hadapi semua ni.
Jangan mudah putus asa, dan terima lah musibah ni dengan hati yang terbuka.
Jadilah seorang hamba Allah yang redha dengan ketentuanNya.

Ambillah iktibar daripada apa yang telah jadi.
Allah nak tunjuk musibah yang akan berlaku jika kita gagal mengawal diri.
Sekarang ni jadi dekat kawan kita. Kalau kita tak ambil iktibar, tak mustahil satu hari nanti kita akan terima padah yang sama.

Ini bukan kali pertama kawan aku accident motor. Sebelum ni, seorang roomate aku accident, dan dah kembali ke Rahmatullah. Ini semua peringatan yang Allah nak sampaikan. Buat kita ingat, jangan terlalu leka dan ikutkan hawa nafsu. Nikmat yang kita ada sekarang ni, bila-bila masa Allah boleh tarik daripada kita. Jadilah seorang hamba yang selalu mensyukuri nikmat yang ada.

Mudah-mudahan, apa yang jadi ni dapat dijadikan iktibar buat diri saya sendiri dan juga kawan-kawan yang lain. Kita kena berubah selagi masih ada masa untuk perbaiki kesilapan kita. Bila Allah dah tarik balik nikmat yang Allah bagi kita pinjam, tu dah terlambat untuk kita menyesal. Nikmat yang dah ditarik balik, takkan kita dapat semula.

Ya Allah, kau lindungilah kawanku, kau panjangkanlah umur beliau Ya Allah. Kau berikanlah beliau peluang untuk teruskan kehidupan di bumi Mu ini Ya Allah. Jadikan lah beliau seorang yang tabah dan kuat dalam menghadapi dugaanMu Ya Allah. Amin.

Read more...

Dalam diam..mungkin lebih baik

>> Wednesday, June 22, 2011

Article ni dikongsi dari article ILUViSLAM


Mudah-mudahan dapat dijadikan renungan bersama :)

Bila belum bersedia melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai ia dalam diam ...
Karena diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya ...
Kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang,
Kau tak mau merosak kesucian dan penjagaan hatinya..
Karena diammu memuliakan kesucian diri dan hatimu..
Menghindarkan dirimu dari hal-hal yang akan merusak izzah dan iffahmu ..
Karena diammu bukti kesetiaanmu padanya ..
Karena mungkin saja orang yang kau cinta adalah juga orang yang telah ALLAH swt pilihkan untukmu ...
Ingatkah kalian tentang kisah Fatimah dan Ali??
Yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan ...
Tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah ....
Karena dalam diammu tersimpan kekuatan ... kekuatan harapan ...
Hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cintamu yang diam itu dapat berbicara dalam kehidupan nyata ...
Bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap pada-Nya??
Dan jika memang 'Cinta Dalam Diammu'  itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata, biarkan ia tetap diam ...
Jika dia memang bukan milikmu, Allah, melalui waktu akan menghapus 'Cinta Dalam Diammu' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat ...
Biarkan 'Cinta Dalam Diammu'  itu menjadi memori tersendiri dan sudut hatimu menjadi rahsia antara kau dengan Sang Pemilik hatimu ...
Cintailah ia dalam diam, dari kejauhan, dengan kesederhanaan dan keikhlasan...
Ketika cinta kini hadir tidaklah untuk Yang Maha Mengetahui saat secercah rasa tidak lagi tercipta untuk Yang Maha Pencipta izinkanlah hati bertanya untuk siapa ia muncul dengan tiba-tiba...mungkinkah dengan ridha-Nya atau hanya mengundang murka-Nya...
Jika benar cinta itu karena Allah maka biarkanlah ia mengalir mengikuti aliran Allah karena hakikatnya ia berhulu dari Allahmaka ia pun berhilir hanya kepada Allah..
" Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah ." (QS. Adz Dzariyat:49)
" Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu, dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha luas(pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui. " (QS. An Nuur: 32)
" Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir. "  (QS. Ar-Ruum:21)
Tapi jika memang kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah... berdo'alah... berpuasalah...
" Wahai kaum pemuda, siapa saja diantara kamu yang sudah sanggup untuk menikah, maka menikahlah, sesungguhnya menikah itu memelihara mata, dan memelihara kemaluan, maka bila diantara kamu belum sanggup untuk menikah, berpuasalah, karena ssungguhnya puasa tersebut sebagai penahannya " (Hadist) "
" Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk. " (QS. Al Israa' :32)
Cukup cintai ia dalam diam...
bukan karena membenci hadirnya.. .tapi menjaga kesuciannya bukan karena menghindari dunia... tapi meraih surga-Nya bukan karena lemah untuk menghadapinya.. .tapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup..
Cukup cintai ia dari kejauhan...
karena hadirmu tiada kan mampu menjauhkannya dari cobaan karena hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan karena hadirmu mungkin saja akan membawa kenelangsaan hati-hati yang terjaga...
Cukup cintai ia dengan kesederhanaan...
memupuknya hanya akan menambah penderitaan menumbuhkan harapan hanya akan mengundang kekecewaan mengharapkan balasan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan...
Maka cintailah ia dengan keikhlasan...
karena tentu kisah Fatimah dan Ali bin Abi Thalib diingini oleh hati... tapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi...?
"...boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. " (QS. AlBaqarah:216) "
" Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga)" (QS.An Nuur:26) "
Cukup cintai ia dalam diam dari kejauhan dengan kesederhanaan dan keikhlasan...
karena tiada yang tahu rencana Tuhan... mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan karena hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikan... serahkankan rasa yang tiada sanggup dijadikan halal itu pada Yang Memberi dan Memilikinya biarkan ia yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya...
" Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga. " (Umar bin Khattab ra.)

Read more...

Kalau ada, ada laaa..

>> Monday, June 20, 2011

Satu hari dihujung minggu waktu beriadah bersama kawan-kawan kolej..
aku nampak someone. 


Yup!! orang macam dia lah aku cari selama ni !! itu lah aku cakap dalam hati bila aku tengok dia. Memang ada ciri-ciri yang aku idamkan, ciri-ciri yang mak aku suka lah!! HAHA


But suddenly satu lagi persoalan timbul " LAYAK ke aku dengan orang yang se-AYU dia?". Aku ni takde lah baik mana. Rupa pon tak seberapa! adoii


dan disebabkan persoalan tu la aku macam segan nak tegur dia padahal kawan-kawan dia aku tegur "steady" je! weird~


Hanya mampu "kirim salam". 


bak kata orang "bila kita jumpa orang yang kita suka, kita agak segan nak tegur dia". Betul ke? entah! macam betul je!!


Fuhhh.. sabauu jelaaa..


Well, untung mencapai matlamat dalam hidup ni tanpa dugaan dan cabaran memang tak lengkap laa kn??
so, sebagai manusia biase aku akan berusaha sedaya mungkin dan tak lupa doa kepada yang Maha Esa. Sebab Dia lah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk aku. Aku serahkan segalanya pada-Nya. Kalau ada, adalah. Yakin!






Siapa yang aku cerita kan ni? biar lah rahsia. Tak perlu kot orang ramai-ramai tahu. Biar lah aku, kawan rapat aku dan Allah je yang tahu. Aku ada baca dalam blog The-Other Khairul. Dia ada tulis :


"kalau kita sukakan seseorang, jangan bagitahu dia. Nanti Allah kurangkan rasa cinta kita pada dia. Tapi luahkan pada Allah, beritahu pada Allah. Allah tahu siapa jodoh kita"


So tak perlu nak risau-risau ok! Allah dah tetapkan semuanya untuk kita. Kita kena berusaha semoga apa yang kita harapkan dapat jadi kenyataan. Doa tanpa Usaha takkan berhasil ryte?? Bila sampai masa yang sesuai, InsyaAllah. Doa kita akan dimakbulkan. Kesabaran itu penting!


And one more thing!! Pesanan yang aku rasa cukup cantik pernah aku baca sebelum ni.. "Jangan impikan Khadijah jika peribadi tidak seperti Muhammad". Well, kita semua tahu orang yang baik, untuk orang yang baik kn?? So berusaha lah untuk menjadi orang yang lebih baik. Orang yang hari ini lebih buruk dari hari semalam merupakan orang yang rugi. peace yaaww!!


Cukup setakat ni, bab hati & perasaan ni tak boleh cerita banyak-banyak. Bahaya!! 



Read more...

Wahai Remaja..

>> Wednesday, June 15, 2011

UNIC- remaja

Remaja 
Ingatlah masa depan mu 
Janganlah kau terleka 
Di usia remaja 

Kenanglah 
Jasa ibu dan ayah mu 
Susah payah mereka 
Membesarkan kita 

Gunakanlah masa yang ada 
Dengan sebaiknya 
Kuatkanlah tekad di hati 
Memajukan diri 
Tiada kejayaan yang datang 
Tanpa usaha yang gigih 
Bersusah-susahlah dahulu 
Bersenang kemudian 
Jadilah warga yang berguna 
Pada keluarga, masyarakat jua negara 

Waspada 
Jangan mudah terpedaya 
Oleh hasutan dunia 
Yang bisa merosakkan hidupmu

Read more...

SPM aku dan SPM mereka..

>> Saturday, June 11, 2011

Alhamdulillah.. syukur dimurahkan rezeki hari ni
Entry kali ni sekadar suka suka, sekadar ingin menceritakan kenangan dan pengalaman dalam hidup.

Syukur kepada Allah kerana murahkan rezeki saya dalam peperiksaan SPM yang lepas. Alhamdulillah.
Dalam SPM yang lepas, saya dapat keputusan yang agak membanggakan. Keputusan yang dapat membawa Ibu dan ayah saya naik ke pentas untuk diraikan bersama saya selaku pelajar terbaik SPM aliran Vokasional di Sekolah Menengah teknik selangor Sungai Buloh. 

Dalam sambutan hari kecemerlangan sekolah, saya dan ibubapa saya dijemput naik ke pentas. Biodata saya dibaca dan pencapaian saya diumumkan. Kepuasan dalam hati yang teramat bila semua kerja keras untuk SPM membuahkan hasil. Segala usaha, pahit manis dalam dua tahun belajar di sekolah tersebut kini terbalas. Dan yang paling tak dapat dilupa, ketika diatas pentas, seorang rakan saya telah menyanyikan lagu ayah dan Ibu dari Allahyarham Sudirman. Saya berpeluang memeluk kedua ibubapa saya diatas pentas disaksikan pelajar dan guru sekolah saya. Pengalaman yang tak mungkin dilupakan.

Baru-baru ni, saya pergi ke sekolah untuk ambil sijil rasmi SPM. Bila jalan depan tapak perhimpunan, saya perasan ada banner yang tunjuk gamba-gamba pelajar cemerlang SPM. Paling menggembirakan, gambar saya turut diletakkan. Sejarah dalam hidup saya. Alhamdulillah. Syukur dengan kejayaan yang dikecapi.
sekarang saya dah pun menjadi mahasiswa tahun 2 di Universiti teknologi Malaysia. Suasana dah berubah. Tak sama macam zaman sekolah lagi. Saya kini perlu bersaing dengan pelajar-pelajar terbaik dari seluruh Malaysia. Tiada apa yang nak dibanggakan dengan kejayaan masa SPM dulu. Sekarang saya perlu mula langkah baru. Cipta kejayaan baru. InsyaAllah, saya akan cuba yang terbaik untuk mendapatkan hasil yang terbaik.

Tahun 2011, ada saudara mara saya yang bakal menduduki SPM. Pelbagai kerenah dibuatnya. Ada yang risau, takut, tak sabar, dan macam-macam lagi. Lumrah biasa calon-calon SPM bila waktu exam makin hampir. 

Kini, saya menjadi tempat mereka meminta tips untuk score dalam SPM. Juga mungkin menjadi pembakar semangat untuk mereka berjaya. Saya sendiri tak sangka saya dapat menjadi pendorong bagi mereka. Macam-macam soalan ditanya, "camne study?, Study berapa lama? blaa..blaa..blaa". InsyaAllah, segala yang termampu saya akan membantu dengan seikhlas hati. Siapalah saya nak kedekut untuk berkongsi ilmu dan pengalaman yang saya ada. Semuanya milik Allah, bila-bila masa Allah boleh tarik kelebihan yang saya ada. Allah tidak suka hambaNya yang kedekut untuk berkongsi ilmu.

diharap apa yang telah saya kongsikan dengan mereka dapat mereka manfaatkan bersama. Moga mereka juga peroleh kejayaan dalam pelajaran mereka. InsyaAllah.

Read more...

Dia kata...

>> Friday, June 10, 2011

Alhamdulillah. Syukur. Satu lagi jumaat dah berlalu. Syukur Allah masih panjangkan usia kita, syukur Jumaat kali ni bukan hari yang Allah jadikan kiamat. Bersyukur kerana masih ada masa untuk kita perbaiki segala kesilapan kita.

Dalam entry kali ni, saya nak share about mylife. Kisah hidup saya. Ia berkisar mengenai saya dan seorang teman ketika dibangku sekolah, namun baru sekarang kami berpeluang berkenalan lebih rapat. Sebelum ni hanya tahu nama, tak pernah bertegur sapa.

Dipendekkan cerita, baru-baru ni dia ada post satu lagu nasyid nyanyian Hijjaz. Tajuknya "kekasih Allah". Then, dia cakap, "lagu ni sesuai untuk awak!". OK, saya cakap "thnks! really appreciate it :)". Then diew tanya saya, "awak paham maksud saya post lagu ni?". "erm rasanya saya paham, tapi dari pandangan awak saya xpasti", saya kata. Pada pandangan saya, kekasih Allah dah tentu Nabi Muhammad SAW.

Then, diew cakap "lagu tu sama macam awak, saya rasa saya ni xlayak nak kawan dengan awak. Awak baik. saya macam tak sesuai untuk jadi kawan awak". Lebih kurang begitu la.

Jujur, saya agak terkejut dengan apa yang awak cakap. Saya rasa saya ni banyak kekurangan. Banyak buat silap. Banyak nak kena perbaiki. Jauh sekali dengan lagu yang awak bagi kat saya. Ibarat Langit dengan bumi. Saya hanya manusia biasa, yang tak lari dari kesilapan.

Saya pun manusia biasa macam awak. So, awak xperlu rasa rendah diri sampai macam tu sekali. Saya pun macam awak jugak. Kita sama-sama hamba Allah. Sama-samalah kita perbaiki hidup kita agar hari ini lebih baik dari semalam. Kata bijak pandai yang pernah saya baca orang yang hari ini lebih teruk dari hari semalam adalah orang yang rugi. So, jom be a better person from now on!!!

Paling kurang pun, kita senyum lah lebih banyak dari hari semalam. Kalau semalam kawan kita senyum dekat kita dulu, so esok kita cuba senyum dekat dia dulu sebelum dia senyum dekat kita. Senyum kan sedekah!! :)

Read more...

Jangan Kita Lupa

>> Wednesday, June 8, 2011

In-Team - Jangan Kita Lupa

Hai Manusia Yang Hidup Di Dalam Dunia Ini 
Jangan Kita Lupa Pada Godaan Dunia 
Hidup Ini Adalah Kurniaan Dari Tuhan 
Dan Hidup Ini Janganlah Dibuang Percuma 

Jalan Yang Sempit Yang Membawa Kepada Kehidupan 
Jalan Yang Luas Yang Membawa Kepada Kehancuran 
Ramai Orang Yang Melalui Jalan Yang Luas Itu 
Sedikit Orang Yang Melalui Jalan Sempit Itu 

Hai Manusia Yang Hidup Di Dalam Dunia Ini 
Jangan Kita Lupa Pada Godaan Dunia 
Hidup Ini Adalah Untuk Sementara Waktu 
Apa Yang Ditanam Itulah Nanti Yang Dipetik

Read more...

Bersederhana Itu Kekayaan Yang Nyata

HIDUP BIARLAH BERSEDERHANA, ITU LEBIH BAIK


" Mereka yang bersifat kesederhanaan dalam semua hal tidak akan menjadi
miskin "


Jika perlu marah , marahlah tetapi usah terlupa dengan perkataan sabar ; 
jika perlu menangis , menangislah tetapi usah terlupa dengan perkataan
tenang ;
jika perlu patuh , patuhlah tetapi jangan sampai hilang kemerdekaan .

Jika mahu miskin , miskinlah tetapi jangan terlalu miskin , nanti mudah 
menjadi kufur ;
kalau mahu kaya , kayalah tetapi jangan terlalu kaya sampai terlupa
perkataan sedekah ;
jika mahu menjadi warak , lakukanlah ibadah sebanyak-banyaknya tetapi jangan
sampai terlupa keperluan dunia . 

Kalau mahu sebuah kereta mewah , belilah selagi mampu dan menepati keperluan
semasa ;
kalau mahu dua buah rumah , belilah asal jangan sampai tak tahu makna
perkataan puas ;
kalau mahu menimbun harta , bekerja keraslah asal jangan sampai terlupa 
ibadah .

Kalau mahu berhibur , berhiburlah asal tidak terlalu sakan dan menyalahi
syariat ;
kalau mahu memperkatakan hal orang , berkatalah asal jangan sampai
mengumpat ;
kalau mahu cemburu dengan kejayaan orang , cemburulah asalkan anda pun 
berusaha kuat sepertinya .

Hidup sederhana akan memastikan anda tidak akan miskin selama-lamanya .
Bersederhana dalam segala hal adalah titik kejayaan dalam semua perkara ..
Orang yang terlalu kaya kadang-kadang apabila miskin terus muflis ; 
orang yang terlalu pandai kadang-kadang apabila bodoh terus sasau ;
orang yang terlalu kuat kadang-kadang apabila lemah terus tidak tidak
berdaya .

Binalah harta sebanyak-banyaknya tetapi jangan sampai anda menjadi hamba 
kepada harta ;
binalah ibadah banyak-banyak tetapi jangan sampai terlupa soal-soal dunia ;
binalah kedudukan di tengah manusia tetapi jangan sampai hilang kepercayaan
orang dan tercalar maruah diri .

Bukanlah seorang yang baik kalau beribadah sepanjang masa sedangkan untuk 
makan minumnya terpaksa meminta-minta . Seeloknya bersederhana dalam
beribadah lantaran bekerja itu pun ibadah , membuang halangan di jalanan
juga ibadah , menasihati orang juga ibadah .

Orang yang bersederhana sentiasa terpandang di mata dunia . Dia tidak akan 
hina oleh kemelaratan dan tidak terlalu tersohor oleh kepopularitian . Dia
terpandang sepanjang masa baik oleh orang yang hina mahupun orang yang
mulia . Berkuasanya bersederhana bagaikan pakaian yang menjadi penebat pada 
rasa dingin dan panas yang membakar .

Sayidina Ali r.a . berkata , " Berkhairatlah mengikut kemampuan dan janganlah
menjadikan keluargamu hina dalam kemiskinan ."

Hendak bersedekah jangan sampai jatuh miskin ; menyimpan harta jangan sampai 
digelar si bakhil , beribadah jangan sampai semakin jahil .

Kata sayidina Ali r.a . lagi , " Insan tidak akan melihat kesalahan seseorang
yang bersifat tawaduk dan lemah lembut ."

Tawaduk dan lemah lembut adalah kesederhana yang nyata , membangkitkan kasih 
sayang dan menumbuhkan cinta tulus . Jika anda impikan penghormatan manusia
maka bersederhanalah dalam berbicara , berbatas-batas tatkala bergurau senda
dan menyimpan sebahagian kesukaan ketika terlalu gembira . 

Bersederhana adalah jawapan kepada segala-galanya .



via Blogger-Crew

Read more...

Nilai sebuah senyuman :)

>> Tuesday, June 7, 2011

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana masih dipanjangkan umur untuk terus menikmati rezeki kurniaanNya di muka bumi ini. Dalam entry kali ni, saya nak kongsi nukilan daripada CIK ASNIZA.


Dalam cerita yang beliau kongsikan, beliau menceritakan mengenai senyuman. yup! SENYUMAN!!!

Secara ringkasnya, beliau menceritakan mengenai seorang sahabat beliau yang ikhlas membantu seorang pakcik tua yang bekerja sebagai tukang sapu di tempat mereka bekerja. 

Pada suatu pagi ketika beliau masuk kerja, beliau terlihat sahabatnya sedang tercari-cari seseorang. Apabila beliau hendak bertanya, sahabatnya berkata "Aku tahu apa yang kau ingin tahu, usah tanya kerana aku tak akan menjawabnya," . Seterusnya beliau hanya mengikut sahabatnya untuk melihat apa yang akan berlaku. Setelah beberapa ketika, sahabatnya terlihat orang yang dia cari seketika tadi iaitu pakcik tua itu.

Kemudian, sahabatnya memberikan bungkusan kepada pakcik tua tersebut. Setelah itu, beliau bertanya kepada sahabatnya, "kenapa pakcik itu?". Sahabatnya menjawab " Sebab pakcik tu tukang sapu. Dia kelihatan sudah berusia. Terpaksa pula berjauhan dengan keluarga sedangkan seharusnya waktu begini diluangkan bersama anak dan cucu di rumah. Lihat saja badannya, kurus saja. Kasihan aku tengok," Ujarnya dengan suara yang sayu. Simpati.

Lalu beliau bertanya lagi, "kenapa pakcik itu yang engkau pilih?? sedangkan ramai lagi pekerja lain yang senasib seperti pakcik itu??"

Sahabatnya menjawab, ""Sebab, beberapa hari lepas, aku ternampak dia mengangkat sebuah kotak yang berat. Dan aku lihat dia senyum."

"Hanya kerana dia senyum???" beliau seperti tidak faham maksud sahabtnya.

Dengan tenang sahabatnya menjawab, "Banyak orang yang aku kenal, yang jauh lebih beruntung dari pakcik itu. Tapi mukanya selalu masam. Mencuka.Hidup bersama orang-orang tersayang dan dikelilingi dengan kemewahan, tapi senyumannya terlalu mahal. Tapi pakcik itu, hidupnya sarat dengan penderitaan tapi murah dengan senyuman."

Beliau terdiam mendengar kata-kata sahabatnya. SubahnaAllah. Cukup untuk aku menginsafi yang selama ini aku kurang bersyukur dengan nikmat yang diberi. Dan juga kurang menghargai dengan apa yang telah aku miliki.

Sahabatnya berkata lagi, "Aku bimbang. Entah bagaimana agaknya aku, andai aku di tempat pakcik itu. Apakah aku masih mampu tersenyum?."

Kisah ini cukup untuk buat kita mengerti. Akan nilai sebuah senyuman. Buat insan yang mengerti.

Senyumlah walau ia sukar :)



Read more...

Jangan kerana Cinta

Entry ni bukan hasil nukilan saya, ia diambil dari sini :  KLIK DISINI


Jatuh cinta itu indah, lagi indah sekiranya cinta itu jatuh dan tumpah kepada 'orang' yang tepat untuk dicintai, 'orang' yang berhak dicintai, 'orang' yang layak dicintai, dan 'orang' yang turut mencintai kita sepertimana cintanya kita kepada 'dia'.


Benarlah cinta Allah adalah cinta yang teragung. Cinta hakiki. Cinta abadi. Namun Allah juga berfirman dalam Surah Ar-Ruum Ayat 21 yang bermaksud;



"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir."



Maha Suci Allah. Setiap manusia yang normal tentunya perlukan cinta namun soalnya, bagaimana mendapat cinta yang 'tepat'? Haruskah hanya dengan menunggu atau patutkah kita mencari? Bilakah masa yang sesuai untuk memupuk dan menyemai perasaan cinta dan kepada siapakah cinta itu patut dicurahkan? Keliru mencari jawapan.



Tanpa lelaki bergelar suami, seorang wanita terasa kekurangan. Tanpa wanita bergelar isteri lelaki bagaikan tidak sempurna. Sesungguhnya lelaki dan wanita itu saling memerlukan dan saling melengkapi, sesuai dengan fitrah yang diciptakan oleh Ilahi. Sebagaimana Adam memerlukan Hawa biarpun di syurga semuanya indah belaka. Apatah lagi di dunia yang penuh cubaan dan dugaan ini. 



Cinta adalah suci. Cinta adalah fitrah. Cinta adalah suatu anugerah yang diciptakan oleh Sang Pencipta dan seharusnya cinta layak dimuliakan. Sang Pencinta seharusnya dipandang tinggi dan bukan dipandang hina. Sang Pencinta seharusnya berbahagia bukan sahaja ketika hidupnya di dunia, tapi juga di akhirat.



Namun sayangnya, kerana cinta, manusia selalu lupa dan alpa. Cenderung untuk melakukan kemaksiatan dan mengingkari perintah Tuhan.. Cinta sering disalah tafsir, di salah guna dan menjadi penyebab manusia kian menjauhi Tuhan. Mereka melupakan soal syurga dan neraka. Membuat kemungkaran atas nama cinta. Sang Pencinta menjadi hina dina. 



Atas nama cinta segalanya dihalalkan. Atas nama cinta, Para Pencinta malahan sanggup berzina. Itu yang terjadi, biarpun atas nama cinta, kerana cinta itu hanyalah cinta yang berlandaskan nafsu, bertuhankan syaitan. Cinta yang serong hanya mampu memakan diri dan membinasakan. Mengundang kemurkaan Allah dan menempah tempat di neraka. Naauzubillahiminzalik.



Kita juga tidak akan terkecuali. Hari ini atau esok, saat itu pasti tiba. Detik di mana rasa cinta itu terbit dari dalam jiwa. Atau dilontarkan oleh-Nya ke dalam sanubari kita. Bagaimanakah agaknya 'rupa' cinta kita kelak? Cinta yang melayakkan kita ke syurga atau sebaliknya? Cinta yang diredhai dan direstui Allah atau bagaimana?



Sabarlah menanti. Saat itu pasti tiba. Dan semoga, bila ianya hadir, kita tidak gentar dan tidak lemah. Teruslah mara melangkah dengan gah, berpimpin tangan dengan 'dia' yang dicintai, teruslah hingga ke syurga. Jangan kerana cinta, kita merana. Berbahagialah kerana dicintai dan mencintai. Kerana cinta itu indah.

Wallahua'alam.

Read more...

Blog template by simplyfabulousbloggertemplates.com

Back to TOP