Powered by Blogger.

+Warga Bloggers+

Jom! kita bersenam!!

>> Sunday, June 5, 2011

Dalam zaman yang serba canggih sekarang, ramai yang telah memandang rendah terhadap kepentingan bersenam dalam kehidupan mereka. Hal ini juga menyumbang kepada peningkatan kadar Obesiti dikalangan masyarakat di Malaysia. Dalam kajian yang dijalankan pada kanak-kanak berumur 10-17 tahun, 13% atau lebih mengalami masalah obesiti. Peratus yang dicatatkan merupakan jumlah yang tinggi. Jika kanak-kanak sudah menunjukkan peratus yang tinggi, dikalangan belia yang sering sibuk apatah lagi kan??
Apa yang dirisaukan adalah, masalah obesiti akan menyumbang kepada penyakit-penyakit merbahaya yang lain. Contohnya diabetis, darah tinggi, penyakit jantung, kegagalan sistem pernafasan dan lain-lain. Seperti yang kita sedia tahu, penyakit-penyakit yang berpunca dari obesiti merupakan penyakit yang lazim dihidapi oleh rakyat Malaysia.

Maka, untuk mengelakkan diri kita daripada tergolong dalam orang mengalami obesiti, saya menggalakkan anda semua kerap bersenam. Bersenam mempunyai banyak kebaikan kepada tubuh. Selain itu, terdapat juga pelbagai cara untuk kita bersenam, bersesuaian dengan keadaan kita. Sebagai permulaan, kita digalakkan untuk bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.

Dalam senaman, terdapat 3 peringkat.

Program Sesi Senaman
• Latihan senaman aerobik mengandungi 3 peringkat:
1. Sesi Memanaskan Badan.
2. Sesi Senaman Aerobik.
3. Sesi Menyejukkan Badan.

1. Sesi Memanaskan Badan
• Ia membantu otot otot jantung dan sendi-sendi bersedia untuk melakukan aktiviti
sebenar.
• Ini akan dapat melindungi dari kecederaan.
• Ciri-ciri memanaskan badan termasuk :-
a. Jangkamasanya lebih kurang 10 minit.
b. Mulakan dengan senaman ringan seperti berjalan atau berlari anak-anak dan
diakhiri dengan regangan.
2. Sesi Senaman Aerobik

• Melibatkan senaman bagi kumpulan otot-otot besar contohnya berjalan.
• Jangkamasa senaman adalah lebih kurang 10 hingga 30 minit mengikut kemampuan
anda.
Kenalpasti tahap kemampuan anda
 
3.Sesi Menyejukkan Badan

• Ianya membantu memulihkan semula otot otot dan mengelakkan ketidakselesaan.
• Ciri-ciri sesi menyejukkan badan termasuk:-
a.Jangkamasa lebih kurang 5 hingga 10 minit.
b.Ulang semula sesi memanaskan badan .

Antara kebaikan bersenam adalah :

Kebaikan Senaman:
• Meningkatkan kecergasan fizikal anda.
• Merperbaiki keseimbangan, koordinasi dan gaya jalan.
• Meningkatkan tenaga untuk melakukan tugasan harian.
• Mempertingkatkan kepuasan kendiri dan mengurangkan kerisauan.
• Mempercepatkan pemulihan dari penyakit dan tekanan mental.
• Mengawal tekanan darah dan menguatkan jantung.
• Mempertingkatkan kawalan glukos.
• Melambatkan osteoprosis.
• Berpeluang bergaul dengan orang ramai.

Terdapat beberapa tips untuk anda yang berminat untuk bersenam :

Garis Panduan Untuk Memilih Program Latihan Senaman

1. Lakukan senaman mengikut keupayaan fizikal anda.
2. Lakukan secukupnya untuk mendapat manafaat. Selain daripada itu ia
hendaklah menyeronokkan.
3. Jangan lakukan aktiviti di luar kemampuan dan berlebihan.
4. Dapatkan nasihat doktor sebelum memulakan latihan senaman.Sekiranya anda
mengalami masalah kesihatan,sesuaikan senaman dengan tahap aktiviti.
5. Pelbagaikan pergerakan seberapa yang boleh.
6. Pergerakan hendaklah lancar dan bertenaga. Elakkan dari pergerakan terlalu
kasar dan tersentak.
7. Jangan berhenti secara tiba tiba semasa melakukan senaman. Kekalkan
gerakan secara perlahan sebelum lakukan semula senaman.
8. Tetapkan jadual harian senaman anda.

Diharapkan info-info yang diberikan mampu membantu anda dalam memulakan senaman sebagai satu habit dalam kehidupan. 

0 comments:

Post a Comment

Blog template by simplyfabulousbloggertemplates.com

Back to TOP