Powered by Blogger.

+Warga Bloggers+

"Dia kan mak kamu.."

>> Thursday, June 30, 2011

Kisah ni aku baca dari blog CIK ASNIZA. Then aku olah sikit-sikit cerita ni. Kisah mengenai seorang anak yang meninggalkan rumah apabila dimarahi ibunya. Jom kita layan dan ambil pedoman sama-sama ok !



Pada satu malam, seorang anak telah bergaduh dengan ibunya disebabkan satu kesilapan yang telah anak itu lakukan. Disebabkan dari kesilapan itu, si anak telah dimarahi ibunya, lalu si anak lari meninggalkan rumah kerana marahkan ibunya.

Si anak pergi dari rumah sehelai sepinggang. Tiada sesen pon wang yang dibawanya. Setelah penat berjalan, dia terjumpa sebuah kedai makan. Dia berdiri sambil melihat kedai itu dari jauh. Perut sudah berkeroncong akibat kelaparan, namun dia tidak mampu untuk membeli apa-apa makanan disebabkan dia tidak mempunyai wang.

Peniaga kedai makan tersebut sedar si anak tersebut melihat kedainya, lalu bersimpati. Beliau memanggil si anak masuk ke kedainya. beliau kemudian menghidangkan makanan buat si anak yang kelaparan.

Ketika hendak makan, si anak berasa hiba, tersentuh, lalu menangis. peniaga tersebut bingung dengan sikap anak tersebut.

Lalu beliau bertanya "mengapa engkau menangis, nak?"

Si anak berkata " Pakcik tak kenal pon saya, tapi pakcik jemput saya masuk, bagi saya makan.. tapi mak saya, saya buat salah kecik pon dia dah marah saya, dah halau saya dari rumah.. saya kan anak dia pakcik?"

Peniaga tersebut diam untuk seketika.. kemudian berkata "pakcik baru bagi kamu makan sepinggan makanan, kamu dah terharu, menangis. Tapi Mak kamu dah beri kamu makan entah berapa pinggan makanan sejak kamu kecik sampai sekarang. Pernah kamu hargai?? kenapa tak terharu? kenapa mesti kamu bergaduh dengan dia.. ambil hati dengan kata-kata dia?? Dia kan mak kamu..."

Mendengar kata-kata peniaga itu, bertambah deras air mata si anak mengalir dari matanya. Si anak sedar akan kesilapan yang telah dia lakukan. Dia tidak sepatutnya bertindak sedemikian. Si anak menguatkan hatinya untuk pulang ke rumah biar pun telah dihalau oleh ibunya.

Setelah selesai makan dan berterima kasih kepada peniaga itu, dia pun mengorak langkah pulang ke rumah. Apabila sampai dihadapan rumah., dia melihat ibunya sedang terduduk di muka pintu risau menantikan kepulangan anaknya. Si anak berlari mendapatkan ibunya dan terus memeluk ibunya sambil memohon maaf dengan airmata mengalir dipipinya. Kini dia sedar betapa sayangnya ibunya kepadanya. Kerana sepinggan makanan, si anak sedar betapa kasih ibu membawa ke syurga.

Sebagai seorang anak, hargailah pengorbanan yang telah ibubapa kta lakukan untuk kita. Jangan cepat sangat mengeluh or merungut sana sini. Hargailah mereka sementara mereka masih ada untuk kita. 

0 comments:

Post a Comment

Blog template by simplyfabulousbloggertemplates.com

Back to TOP