Powered by Blogger.

+Warga Bloggers+

Dia kata...

>> Friday, June 10, 2011

Alhamdulillah. Syukur. Satu lagi jumaat dah berlalu. Syukur Allah masih panjangkan usia kita, syukur Jumaat kali ni bukan hari yang Allah jadikan kiamat. Bersyukur kerana masih ada masa untuk kita perbaiki segala kesilapan kita.

Dalam entry kali ni, saya nak share about mylife. Kisah hidup saya. Ia berkisar mengenai saya dan seorang teman ketika dibangku sekolah, namun baru sekarang kami berpeluang berkenalan lebih rapat. Sebelum ni hanya tahu nama, tak pernah bertegur sapa.

Dipendekkan cerita, baru-baru ni dia ada post satu lagu nasyid nyanyian Hijjaz. Tajuknya "kekasih Allah". Then, dia cakap, "lagu ni sesuai untuk awak!". OK, saya cakap "thnks! really appreciate it :)". Then diew tanya saya, "awak paham maksud saya post lagu ni?". "erm rasanya saya paham, tapi dari pandangan awak saya xpasti", saya kata. Pada pandangan saya, kekasih Allah dah tentu Nabi Muhammad SAW.

Then, diew cakap "lagu tu sama macam awak, saya rasa saya ni xlayak nak kawan dengan awak. Awak baik. saya macam tak sesuai untuk jadi kawan awak". Lebih kurang begitu la.

Jujur, saya agak terkejut dengan apa yang awak cakap. Saya rasa saya ni banyak kekurangan. Banyak buat silap. Banyak nak kena perbaiki. Jauh sekali dengan lagu yang awak bagi kat saya. Ibarat Langit dengan bumi. Saya hanya manusia biasa, yang tak lari dari kesilapan.

Saya pun manusia biasa macam awak. So, awak xperlu rasa rendah diri sampai macam tu sekali. Saya pun macam awak jugak. Kita sama-sama hamba Allah. Sama-samalah kita perbaiki hidup kita agar hari ini lebih baik dari semalam. Kata bijak pandai yang pernah saya baca orang yang hari ini lebih teruk dari hari semalam adalah orang yang rugi. So, jom be a better person from now on!!!

Paling kurang pun, kita senyum lah lebih banyak dari hari semalam. Kalau semalam kawan kita senyum dekat kita dulu, so esok kita cuba senyum dekat dia dulu sebelum dia senyum dekat kita. Senyum kan sedekah!! :)

0 comments:

Post a Comment

Blog template by simplyfabulousbloggertemplates.com

Back to TOP