Powered by Blogger.

+Warga Bloggers+

SPM aku dan SPM mereka..

>> Saturday, June 11, 2011

Alhamdulillah.. syukur dimurahkan rezeki hari ni
Entry kali ni sekadar suka suka, sekadar ingin menceritakan kenangan dan pengalaman dalam hidup.

Syukur kepada Allah kerana murahkan rezeki saya dalam peperiksaan SPM yang lepas. Alhamdulillah.
Dalam SPM yang lepas, saya dapat keputusan yang agak membanggakan. Keputusan yang dapat membawa Ibu dan ayah saya naik ke pentas untuk diraikan bersama saya selaku pelajar terbaik SPM aliran Vokasional di Sekolah Menengah teknik selangor Sungai Buloh. 

Dalam sambutan hari kecemerlangan sekolah, saya dan ibubapa saya dijemput naik ke pentas. Biodata saya dibaca dan pencapaian saya diumumkan. Kepuasan dalam hati yang teramat bila semua kerja keras untuk SPM membuahkan hasil. Segala usaha, pahit manis dalam dua tahun belajar di sekolah tersebut kini terbalas. Dan yang paling tak dapat dilupa, ketika diatas pentas, seorang rakan saya telah menyanyikan lagu ayah dan Ibu dari Allahyarham Sudirman. Saya berpeluang memeluk kedua ibubapa saya diatas pentas disaksikan pelajar dan guru sekolah saya. Pengalaman yang tak mungkin dilupakan.

Baru-baru ni, saya pergi ke sekolah untuk ambil sijil rasmi SPM. Bila jalan depan tapak perhimpunan, saya perasan ada banner yang tunjuk gamba-gamba pelajar cemerlang SPM. Paling menggembirakan, gambar saya turut diletakkan. Sejarah dalam hidup saya. Alhamdulillah. Syukur dengan kejayaan yang dikecapi.
sekarang saya dah pun menjadi mahasiswa tahun 2 di Universiti teknologi Malaysia. Suasana dah berubah. Tak sama macam zaman sekolah lagi. Saya kini perlu bersaing dengan pelajar-pelajar terbaik dari seluruh Malaysia. Tiada apa yang nak dibanggakan dengan kejayaan masa SPM dulu. Sekarang saya perlu mula langkah baru. Cipta kejayaan baru. InsyaAllah, saya akan cuba yang terbaik untuk mendapatkan hasil yang terbaik.

Tahun 2011, ada saudara mara saya yang bakal menduduki SPM. Pelbagai kerenah dibuatnya. Ada yang risau, takut, tak sabar, dan macam-macam lagi. Lumrah biasa calon-calon SPM bila waktu exam makin hampir. 

Kini, saya menjadi tempat mereka meminta tips untuk score dalam SPM. Juga mungkin menjadi pembakar semangat untuk mereka berjaya. Saya sendiri tak sangka saya dapat menjadi pendorong bagi mereka. Macam-macam soalan ditanya, "camne study?, Study berapa lama? blaa..blaa..blaa". InsyaAllah, segala yang termampu saya akan membantu dengan seikhlas hati. Siapalah saya nak kedekut untuk berkongsi ilmu dan pengalaman yang saya ada. Semuanya milik Allah, bila-bila masa Allah boleh tarik kelebihan yang saya ada. Allah tidak suka hambaNya yang kedekut untuk berkongsi ilmu.

diharap apa yang telah saya kongsikan dengan mereka dapat mereka manfaatkan bersama. Moga mereka juga peroleh kejayaan dalam pelajaran mereka. InsyaAllah.

0 comments:

Post a Comment

Blog template by simplyfabulousbloggertemplates.com

Back to TOP