Powered by Blogger.

+Warga Bloggers+

Nilai sebuah senyuman :)

>> Tuesday, June 7, 2011

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana masih dipanjangkan umur untuk terus menikmati rezeki kurniaanNya di muka bumi ini. Dalam entry kali ni, saya nak kongsi nukilan daripada CIK ASNIZA.


Dalam cerita yang beliau kongsikan, beliau menceritakan mengenai senyuman. yup! SENYUMAN!!!

Secara ringkasnya, beliau menceritakan mengenai seorang sahabat beliau yang ikhlas membantu seorang pakcik tua yang bekerja sebagai tukang sapu di tempat mereka bekerja. 

Pada suatu pagi ketika beliau masuk kerja, beliau terlihat sahabatnya sedang tercari-cari seseorang. Apabila beliau hendak bertanya, sahabatnya berkata "Aku tahu apa yang kau ingin tahu, usah tanya kerana aku tak akan menjawabnya," . Seterusnya beliau hanya mengikut sahabatnya untuk melihat apa yang akan berlaku. Setelah beberapa ketika, sahabatnya terlihat orang yang dia cari seketika tadi iaitu pakcik tua itu.

Kemudian, sahabatnya memberikan bungkusan kepada pakcik tua tersebut. Setelah itu, beliau bertanya kepada sahabatnya, "kenapa pakcik itu?". Sahabatnya menjawab " Sebab pakcik tu tukang sapu. Dia kelihatan sudah berusia. Terpaksa pula berjauhan dengan keluarga sedangkan seharusnya waktu begini diluangkan bersama anak dan cucu di rumah. Lihat saja badannya, kurus saja. Kasihan aku tengok," Ujarnya dengan suara yang sayu. Simpati.

Lalu beliau bertanya lagi, "kenapa pakcik itu yang engkau pilih?? sedangkan ramai lagi pekerja lain yang senasib seperti pakcik itu??"

Sahabatnya menjawab, ""Sebab, beberapa hari lepas, aku ternampak dia mengangkat sebuah kotak yang berat. Dan aku lihat dia senyum."

"Hanya kerana dia senyum???" beliau seperti tidak faham maksud sahabtnya.

Dengan tenang sahabatnya menjawab, "Banyak orang yang aku kenal, yang jauh lebih beruntung dari pakcik itu. Tapi mukanya selalu masam. Mencuka.Hidup bersama orang-orang tersayang dan dikelilingi dengan kemewahan, tapi senyumannya terlalu mahal. Tapi pakcik itu, hidupnya sarat dengan penderitaan tapi murah dengan senyuman."

Beliau terdiam mendengar kata-kata sahabatnya. SubahnaAllah. Cukup untuk aku menginsafi yang selama ini aku kurang bersyukur dengan nikmat yang diberi. Dan juga kurang menghargai dengan apa yang telah aku miliki.

Sahabatnya berkata lagi, "Aku bimbang. Entah bagaimana agaknya aku, andai aku di tempat pakcik itu. Apakah aku masih mampu tersenyum?."

Kisah ini cukup untuk buat kita mengerti. Akan nilai sebuah senyuman. Buat insan yang mengerti.

Senyumlah walau ia sukar :)



0 comments:

Post a Comment

Blog template by simplyfabulousbloggertemplates.com

Back to TOP