Powered by Blogger.

+Warga Bloggers+

# Selamat hari raya kawan-kawan !!!

>> Thursday, August 25, 2011

Assalamualaikum kawan-kawan..
salam Ramadhan, Salam Jumaat, Salam satu hari rayaaaa !!! 
tuhh diaaaaaa =D


OK~ first of all.. tujuan aku buat entry ni nak buat ucapan raya.
aku ready awal bcoz aku takut nanti tak sempat nak buat entry pasal raya pulak.. maklumlah sibuk kan !!


korang dah settle shopping raya ke blom huh???
Kuih raya buat sendiri or kuih tunjuk je tahun ni???
nanti klu buat open-house jgn lupa jemput aku tau !!
hemmoh~hemmoh

Dikesempatan Aidilfitri yang bakal tiba ni, 
aku AMIR FARHAN ZAMRI..
menyusun sepuluh jari, memohon maaf 
buat semua yang mengenali diri aku ni..

aku tau aku banyak buat silap, 
sama ada yang aku sedar atau tak sedar..
maaf kalau aku ade terlanjur kata, terkasar dalam perbuatan, 
atau tersilap dalam menilai..

kadang aku tak sedar aku ade buat korang terasa,
 maafkan aku ye kawan-kawan???
terutama orang-orang yang rapat dengan aku,
 kawan sekelas, kawan serumah, kawan sebilik..

sorry kalau ade gurauan yang buat korg terasa ke kan??
Mudah-mudahan yang keruh kita buang jauh-jauh,
 kita jernihkan balik apa yang dah jernih ye..

Bagi yang beraya kat kampung tuh, hati-hati balik raya..
aku tau ada kawan-kawan aku yang dah boleh drive
 balik kampung masing-masing kan??

korang drive carefully ok?? 
jangan ikutkan hati dan perasaan sangat !! 
(aku paham apa rase bila drive kat highway ni..hahaha)

tak lari pon kampung yang korang kejarkan tuhh..
semoga semuanya selamat sampai dan dapat beraya dengan ceria !!

Semoga Aidilfitri kita tahun nih lebih bermakna 
disamping orang yang tersayang..

Ingat.. Raya bukan sekadar menerima itu dan ini.. 
tapi akan lebih bermakna kalau kita menjadi si pemberi yang akan menggembirakan si penerima..

#tangan yg mberi lebih mulia dari tangan yang menerima
#banyak cara kita boleh memberi, bukan duit semata-mata


 

0 comments:

Post a Comment

Blog template by simplyfabulousbloggertemplates.com

Back to TOP