Powered by Blogger.

+Warga Bloggers+

100 hari - drama yang banyak pengajarannya

>> Monday, November 28, 2011

Alhamdulillah, still diberi peluang untuk terus bernafas di bumi Allah ni. Syukur dengan nikmat yang telah diberi selama kita masih mampu bernafas.

Salam Maal Hijrah buat semua muslimin dan muslimat sempena Tahun Baru 1433 Hijrah yang baru je kita sambut semalam. Semoga kita dapat memulakan tahun yang baru ni dengan azam dan semangat yang baru. Mudah-mudahan tahun ini lebih baik dari tahun yang sebelumnya. InsyaAllah.

Kebetulan tadi aku terlintas nak tengok TV1. Ada drama (drama la kot? telemovie camtu laah) yang buat aku tertarik untuk tengok. Drama yang berkonsepkan muhasabah diri, bertajuk 100 HARI. 

Antara pengajaran dalam drama ni :

1- Ajal & maut kuasa Allah, bila-bila masa kita boleh pergi menghadap Allah tak kira tua atau muda. So jangan lah kita anggap masa muda nak enjoy, time tua nanti baru nak taubat.

2- Jangan kita ingat pada Allah bila kita dalam kesusahan semata-mata dan melupakan Allah bila kita senang.

3- Jangan kedekut untuk memberi bantuan kepada yang memerlukan. Duit boleh cari, jangan berkira sangat nak tolong orang.

4- seimbangkan ilmu dunia dan akhirat. Jangan terlampau mencari ilmu duniawi sampai kita lupa tentang ilmu kita di akhirat.

5- Sabar dan redha dengan ketentuan Allah. Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. 

Banyak lagi sebenarnya pengajaran dalam drama ni yang relate dengan kehidupan seharian kita. Mudahan drama ni dapat membuka hati kita untuk ingat Allah tak kira susah atau senang. InsyaAllah. 




0 comments:

Post a Comment

Blog template by simplyfabulousbloggertemplates.com

Back to TOP