Powered by Blogger.

+Warga Bloggers+

Hidayah itu milik Allah

>> Monday, November 14, 2011

Assalamualaikum kepada yang sedang membaca blog aku skang ni =)


Dah sekian lama aku memalaskan diri aku nak update blog aku ni... mesti dah usang+berabuk+terbengkalai kan?? actually aku tak tau nak share pasal ape.. hehe

Well, skang ni aku nak share about pengalaman aku harini..

Pagi tadi, aku follow my parent`s pergi Jbtn Agama Islam wil. Persekutuan (JAWI). Located near the national Mosque..

Alhamdulillah, salah sorang daripada kerani Abah aku terbuka hati dia nak memeluk Islam. Sebelum ni dia anut agama Hindu. 

dalam prosedure ni memerlukan 2 orang saksi. Macam nak nikah jugak, nak pakai saksi. So aku ngan Abah aku jadi saksi kepada akak tadi ni...

Waktu tengah isi borang tuh, ustaz ade tanye dia "ape yang buat awak tertarik dengan Islam?"

Then dia cakap, "saya suka cara Islam menyuruh untuk menutup aurat, cara hidup Islam yang berdisiplin & ada batas dalam kehidupan umatnya".

Subhanallah, terharu beb aku dengar orang yang bukan Islam boleh minat untuk menutup aurat. Padahal orang Islam itu sendiri bagi pelbagai alasan untuk mengelak dari menutup aurat dorang. Renung-renungkan =)

Then ustaz tuh bagi penerangan kat dia tentang Islam, yang basic-basic je, pasnih dia kena join class-class ibadah yang lain untuk lebih mahir. 

Ustaz cakap, dalam hidup ni.. kita tak boleh ikut orang. Sebab apa yang orang tuh buat belum tentu betul mengikut ajaran Islam yang sebenar walaupun dia dah buat bende tuh dari kecik. Kadang-kadang orang Islam tu sendiri yang buat saudara-saudara baru ni confused dengan Islam tu sendiri. 

Contohnye dalam pakai tudung, ade yang pakai, ade jugak yang tak pakai ryte?? haa bende ni akan menjadi persoalan dalam kepala dorang "eh pakai tudung ni boleh pilih-pilih ke?? nak pakai boleh.. tak pakai pon boleh ke??

Sepatutnya persoalan camni tak perlu timbul pon, but nak buat camne kan?? yang Muallaf ni kadang lebih faham Apa Itu Islam daripada orang Islam yang memeluk Islam dari lahir lagi..

Aku harap akak ni akan terus berusaha untuk menjadi seorang Muslimah yang baik dan takkan hanyut ngan godaan duniawi ni. Pasnih kompem banyak dugaan untuk dia, maklum la klu orang Hindu convert to Islam ni memang susah sket untuk family dorang terima kan..

ni laa pengalaman pertama aku dalam proses saudara baru memeluk Islam. Alhamdulillah, makin bertambah saudara kita. bak kata ustaz tadi, "kita tak cari kuantiti, but kita perlukan kualiti". Thats ryte !! 

Sama-sama laa kita perbaiki segala kekurangan dalam diri kita, bukan untuk orang lain.. untuk kebaikan diri kita jugak =)

"Orang Islam belum tentu Beriman,
 but Orang beriman itu adalah Islam" 

Sekian...



0 comments:

Post a Comment

Blog template by simplyfabulousbloggertemplates.com

Back to TOP